awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Dunia: Arab Saudi, Qatar dipilih tuan rumah pusingan keempat

Astro Arena
Astro Arena
15/06/2025
01:00 MYT
Kelayakan Piala Dunia: Arab Saudi, Qatar dipilih tuan rumah pusingan keempat
Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan berperanan sebagai tuan rumah bagi pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia pada Oktober. - Foto Astro ARENA
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan bertindak sebagai tuan rumah bagi pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia pada Oktober depan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, AFC berkata enam pasukan yang layak selaku pasukan ketiga dan keempat terbaik setiap kumpulan daripada pusingan ketiga, iaitu Indonesia, Arab Saudi, Iraq, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kesemua pasukan itu akan bersaing dengan format berpusat dari 8 hingga 14 Oktober depan.
Hanya pasukan teratas setiap kumpulan akan mendapat tiket ke Piala Dunia 2026.
Dalam pada itu, naib juara setiap kumpulan akan berdepan sesama sendiri pada 13 dan 18 November depan dan pemenang bagi pertemuan itu akan layak ke Kejohanan Playoff Piala Dunia.
Undian bagi pusingan keempat akan berlangsung pada 17 Julai ini.
Topic Berkaitan
#tuan rumah
#kelayakan Piala Dunia
#Arab Saudi
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan