SETIAUSAHA Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, tidak menolak peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bakal berlangsung secara berpusat mirip gelembung sukan pada Jun depan.
Dengan peningkatan mendadak kes COVID-19, aksi kelayakan hampir pasti diadakan secara berpusat.
Windsor sendiri tidak menafikan keadaan itu dan perkara berkenaan sudah diperincikan kepada setiap negara yang terlibat.
Tegasnya, semua negara bersedia sepenuhnya dengan keperluan semasa dan dalam masa yang sama, mempersiapkan pasukan bagi mengharungi baki perlawanan.
"Keputusan sudah diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC dan dirujuk FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang sudah pun memberi kebenaran untuk mereka mengadakan perlawanan secara berpusat pada Jun depan sekiranya ia tidak dapat dilangsung pada Mac ini," katanya.
BACA: COVID-19: Wakil New Zealand batal sertai Piala Dunia Kelab
Tegasnya lagi, badan induk Asia itu sudah tidak dapat berkompromi lagi.
Pusingan ketiga perlu mengambil tempat seiring dengan keperluan utama untuk saingan Piala Dunia dan Piala Asia bagi tempoh dua hingga tiga tahun dari sekarang.
"Ini ialah peluang terakhir kerana tarikh FIFA yang seterusnya harus digunakan untuk pusingan ketiga, kalau tidak kami tidak boleh habiskan perlawanan sebelum Piala Dunia 2022.
"Perlawanan kelayakan ini harus mengikut kalendar FIFA.
"Tapi perlawanan kelayakan ini dibenarkan berlangsung di luar kalendar FIFA jika kedua-dua pasukan bersetuju."
Harimau Malaya di kedudukan kedua Kumpulan G di belakang Vietnam selepas mencatat tiga kemenangan untuk baki tiga perlawanan lagi.
Astro Arena
Tue Jan 19 2021
Windsor menegaskan, semua negara bersedia sepenuhnya dengan keperluan semasa dan dalam masa yang sama, mempersiapkan pasukan bagi mengharungi baki perlawanan. - Gambar fail
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
Piala Asia 2023 bakal pecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah kejohanan
Saingan Piala Asia Qatar 2023 bakal memecah rekod penyiaran terbesar dalam sejarah sejak kejohanan itu bermula.
Final Piala AFC: Pertukaran venue demi prestij kejohanan - AFC
Jelas Windsor, pemilihan venue itu bukanlah keputusan daripada pihak AFC, sebaliknya ia diputuskan oleh KL City.
Tuan rumah Piala AFC perlu penuhi kriteria
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John sekali lagi bertegas bahawa tiada pembatalan dibincangkan.
Kelayakan Piala Asia: Penundaan bergantung situasi pandemik, bukan suara majoriti
Ia sekali gus berpotensi mendatangkan risiko buat skuad kebangsaan, yang tidak melakukan sebarang persiapan sepanjang setahun ini.
Kelayakan Piala Dunia: Format gelembung sukan jadi pilihan
Dengan peningkatan mendadak kes COVID-19, aksi kelayakan hampir pasti diadakan secara berpusat.
Saingan domestik atau pentas Asia?
JDT muncul wakil tunggal Malaysia yang membawa cabaran dalam ACL.