awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelemahan benteng pertahanan halang TFC raih tiga mata penuh

Bernama
Bernama
08/03/2025
04:00 MYT
Kelemahan benteng pertahanan halang TFC raih tiga mata penuh
Badrul Afzan berkata skuad Penyu berdepan masalah kekurangan pemain apabila beberapa tonggak utama pertahanan termasuk Muhammad Azam Azmi Murad mengalami kecederaan pada saat akhir. - Gambar fail
KUALA NERUS: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali mengakui kelemahan benteng pertahanan menjadi punca pasukannya gagal meraih tiga mata penuh pada aksi Liga Super menentang Sabah FC malam tadi.
Badrul Afzan berkata skuad Penyu berdepan masalah kekurangan pemain apabila beberapa tonggak utama pertahanan termasuk Muhammad Azam Azmi Murad mengalami kecederaan pada saat akhir.
Susulan itu beliau terpaksa membuat rombakan pada kesebelasan utama sehari sebelum perlawanan yang ternyata memberi impak besar kepada prestasi keseluruhan pasukan.
"Perlawanan malam ini kita agak sukar kerana kekurangan pemain terutama di bahagian pertahanan. Secara keseluruhan pemain banyak membuat kesilapan.
"Apa pun pemain dah beri segalanya. Saya terima keputusan satu mata walaupun kita mengharapkan tiga mata penuh bermain di tempat sendiri," katanya selepas perlawanan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.-- LAGI
Pada perlawanan itu TFC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 2-2 dengan Sabah FC.
Keputusan tersebut menyebabkan skuad Penyu gagal merapatkan jurang mata dengan Sabah FC, sekali gus menjejaskan peluang mereka untuk menamatkan liga di kedudukan tiga terbaik musim ini.
Sementara itu pengendali Sabah FC Martin Stano berkata masalah komunikasi antara pemain menyebabkan skuad Sang Badak kehilangan dua mata pada saat akhir.
Bagaimanapun beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang bekerja keras untuk memastikan skuad Sang Badak tidak berputih mata.
"Awal permainan agak baik, dengan pemain kami memberi banyak tekanan, dan mencipta banyak peluang, namun disebabkan beberapa kesilapan, terutama semasa mengambil sepakan sudut.. hanya mampu seri," katanya.
Sabah FC ketika ini menduduki tangga ketiga liga dengan 36 mata manakala TFC di kedudukan keempat dengan perbezaan empat mata.-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#TFC
#Sabah FC
#Badrul Afzan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan