awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AI kini lebih kreatif berbanding manusia biasa - Kajian
WhatsApp bakal perkenal pelan berbayar untuk pengalaman tanpa iklan
Amazon umum pengurangan 16,000 pekerja dalam fasa penyusunan semula terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga diraja yang menyertai Sukan SEA Thailand

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
11/12/2025
13:31 MYT
Keluarga diraja yang menyertai Sukan SEA Thailand
Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana membawa cabaran tuan rumah, Thailand, dalam acara perlumbaan keelboat, manakala Pengiran Muda Abdul Mateen mewakili Brunei dalam aksi polo.
KUALA LUMPUR: Sukan SEA ke-33 dan Sukan Para ASEAN ke-13 yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah Thailand iaitu Bangkok and Chonburi ketika ini tentunya mencuri tumpuan masyarakat ASEAN.
Selain atlet aktif, temasya dwitahunan itu turut disertai kerabat keluarga diraja.
Mewakili tuan rumah, Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana yang merupakan isteri kepada Raja Maha Vajiralongkorn dijadualkan menyertai acara perlumbaan perahu layar besar (keelboat) SSL47 yang berlangsung dari 15 hingga 18 Disember di Pattaya, Chonburi.
Acara tersebut merupakan antara kategori baharu yang diperkenalkan pada edisi Sukan SEA tahun ini.
Baginda lazimnya berperanan sebagai pengemudi pasukannya, dan beliau juga berjaya menamatkan larian separuh maraton sejauh 21 kilometer pada 30 November lalu.
Selain baginda, antara yang mencuri tumpuan kali ini ialah penyertaan Putera Brunei, Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen yang sudah dimaklumi berjaya membuktikan bakatnya sebagai pemain polo bertaraf antarabangsa.
Baginda sebelum ini meraih pingat gangsa bersama pasukan kebangsaan pada Sukan SEA 2017 dan 2019.
Turut menyertai sukan itu mewakili Brunei Darussalam ialah kakak kepada Abdul Mateen, iaitu Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah.
Pada usia 41 tahun, baginda menjadi wanita pertama dari Brunei yang meraih pingat gangsa dalam sukan polo pada Sukan SEA 2017, dan kini mengetuai pasukan kebangsaan sebagai kapten.
Untuk rekod, temasya kali ini menyaksikan lebih 50 jenis sukan dan acara yang dipertandingkan.
Topic Berkaitan
#diraja
#sea
#Thailand
#Mateen
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan