awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Sala mahu pencarian diteruskan

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2019
03:26 MYT
Keluarga Sala mahu pencarian diteruskan
Pengurusi Cardiff, Mehmet Dalman, mendakwa Sala (gambar) menaiki pesawat itu tanpa pengetahuan pihaknya. - Astro ARENA
KELUARGA Emiliano Sala mahu pihak polis mempertimbangkan kembali keputusan mereka menamatkan pencarian penyerang Cardiff City yang hilang berkenaan.
Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pada Khamis selepas pesawat ringan jenis Piper Malibu yang membawa Sala dan juruterbang, David Ibbotson, didapati hilang dalam perjalanan mereka ke ibu negara Wales itu, Isnin lalu.
Bagaimanapun, pihak Polis Guernsey mengesahkan, tiada sebarang petanda yang diperoleh menerusi operasi pencarian yang meliputi keluasan 1,700 batu persegi berhampiran Kepulauan Channel itu.
Kapten Pelabuhan, David Barker, berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan: "Peluang untuk kedua-dua penumpang itu terselamat semakin tipis."
Bagaimanapun, pihak keluarga Sala beranggapan masih terlalu awal untuk operasi pencarian itu ditamatkan.
"Saya amat keliru," kata kakak Sala, Romina, kepada ESPN.
"Perkara yang saya mahukan adalah untuk adik saya dan juruterbangnya ditemui. Kami mahu mereka (pihak berkuasa) untuk meletakkan diri mereka di tempat kami. Mereka perlu bayangkan apa yang dirasai kaum keluarga mangsa.
"Tolong jangan berhenti mencari. Saya yakin mereka masih hidup. Mereka sedang menunggu kami," katanya.
Bapa Sala, Horacio, turut menggesa pihak Polis Guernsey untuk mempertimbangkan kembali keputusan mereka.
"Kami amat berharap untuk operasi pencarian itu diteruskan," katanya kepada TYC Sports.
"Saya tidak percaya mereka menghentikan operasi pencarian itu. Saya bermohon kepada mereka untuk operasi itu diteruskan.
"Tidak mungkin pesawat itu hilang begitu sahaja," katanya.
Pengurusi Cardiff, Mehmet Dalman, mendakwa Sala menaiki pesawat itu tanpa pengetahuan pihaknya manakala Mark McKay -- ejen yang bertanggungjawab membawa Sala menyertai skuad The Bluebirds -- mengakui terlibat menguruskan penerbangan Sala, namun menafikan pesawat berkenaan miliknya atau keluarganya.
Penyokong Nantes berkabung terhadap kehilangan Sala dengan berkumpul di sekitar bandar Perancis itu.
Perlawanan di antara pasukan itu dengan Entente SSG dalam saingan Coupe de France turut ditunda.
Topic Berkaitan
#Cardiff City
#Emiliano Sala
#hilang
#keluarga
#mangsa
#operasi
#penerbangan
#pesawat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan