awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Liga Perdana Inggeris ditangguhkan

Agensi
Agensi
09/09/2022
11:31 MYT
Kemangkatan Ratu Elizabeth II: Liga Perdana Inggeris ditangguhkan
Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris telah menangguhkan pusingan perlawanan hujung minggu ini berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis. - Foto Facebook/Premier League
LONDON: Liga Perdana dan Liga Bola Sepak Inggeris telah menangguhkan pusingan perlawanan hujung minggu ini berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, Liga Perdana berkata, ia sebagai menghargai sumbangan baginda yang luar biasa kepada negara.
“Sebagai penghormatan terhadap hidup dan sumbangannya yang luar biasa kepada negara, pusingan perlawanan Liga Perdana hujung minggu ini akan ditangguhkan," kenyataan itu menyebut.
"Kami ingin memberi penghormatan terhadap perkhidmatan baginda yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
"Sebagai raja yang paling lama berkhidmat, baginda telah menjadi inspirasi dan meninggalkan legasi yang luar biasa.
"Ini adalah masa yang sangat menyedihkan bukan sahaja untuk negara tetapi juga jutaan yang lain di seluruh dunia yang mengaguminya, dan kami berkongsi kesedihan dengan semua yang berkabung atas pemergiannya," kata Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters.
Butiran mengenai jadual perlawanan yang disusun semula akan diumumkan dalam masa terdekat.
Perlawanan bukan liga dan peringkat akar umbi juga telah dibatalkan.
Awal hari ini media melaporkan, Ratu Elizabeth II, pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.
Serentak pengumuman itu, bendera di United Kingdom (UK) dikibarkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.
Topic Berkaitan
#Liga Perdana Inggeris
#Ratu Elizabeth II
#bola sepak
#liga bola sepak
#Richard Masters
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan