PHNOM PENH: Kemarau 18 tahun terus berpanjangan.
Skuad badminton negara sekali lagi gagal membawa pulang emas selepas tewas 1-3 kepada musuh ketat, Indonesia dan terpaksa akur dengan pingat perak dalam pusingan akhir berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2023 di sini semalam.
Malaysia mendahului melalui pemain perseorangan utama negara Leong Jun Hao yang berada di ranking ke-64 dunia apabila hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pemain nombor 19 dunia Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-16, 21-13 pada acara yang diadakan di Dewan Badminton Morodok Techo.
Bagaimanapun, kekalahan pada perlawanan pembukaan tidak mematahkan semangat pemain Indonesia yang lain untuk bangkit kembali pada tiga pelawanan seterusnya.
Juara beregu lelaki All England 2022, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana memberi inspirasi kepada kebangkitan Indonesia apabila berjaya mengatasi beregu utama negara Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe, 21-12, 22-20, menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Christian Adinata kemudian meletakkan Indonesia di depan buat kali pertama dalam perlawanan itu apabila mengetepikan pemain perseorangan kedua Malaysia Lee Shun Yang 21-17, 21-9.
Walaupun menang set pertama daripada empat perlawanan, 21-13, beregu lelaki kedua negara Chia Weijie-Liew Xun kemudian tumbang pada dua set terakhir menentang Pramudya Kusumuwardana-Yeremia Erich Yoche Rambitan, 16-21, 16-21, setelah pasangan Indonesia berkenaan meraih mata pingat emas pada pertembungan selama 50 minit itu.
Ketika pemain Indonesia meraikan pingat emas ke-18 mereka pada acara itu, gandingan Malaysia tunduk mengalah, memikirkan apa yang mereka perlu lakukan lagi untuk menamatkan kemarau 18 tahun.
Ketika ditemui selepas perlawanan, Weijie mengakui mereka telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan Malaysia dan mara ke set penentuan, namun tidak berjaya.
Beliau berkata Pramudya-Yeremia ternyata lebih baik daripada mereka terutamanya ketika menangani tekanan di gelanggang.
"Saya rasa mereka lebih berpengalaman daripada kami dan saya mengakui pihak lawan bermain lebih bagus daripada kami hari ini," katanya kepada pemberita.
Pada masa sama, Weijie bertekad untuk kembali dengan lebih kuat dan percaya dapat memberi saingan sengit menentang Pramudya-Yeremia jika mereka bertembung sekali lagi dalam acara perseorangan di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Pemain badminton berpasukan lelaki negara bersama pingat perak yang dimenangi selepas tewas kepada Indonesia pada perlawanan akhir berpasukan Lelaki Sukan SEA 2023 di Stadium Badminton Morodok Techo, Phnom Penh, 11 Mei 2023. --fotoBERNAMA
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.