KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berharap sukan angkat berat dapat disenaraikan semula sebagai sukan teras negara dalam usaha memperkukuh lagi aktiviti pembangunan atlet.
Presidennya Datuk Ayub Rahmat berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mempertimbangkan perkara itu dengan melihat pencapaian dua pingat emas yang disumbangkan kem angkat berat negara setakat ini di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Beliau berkata kejayaan Mohamad Aniq Kasdan menyumbangkan emas pertama Malaysia menerusi kategori 55 kilogram (kg) lelaki dan Muhamad Aznil Bidin menggondol emas kategori 61kg menyaksikan PABM mencapai serta mengatasi sasaran ditetapkan KBS dan MSN iaitu satu emas.
"Jadi apabila sasaran tercapai kita harapkan MSN dan kementerian akan masukkan semula sukan angkat berat sebagai sukan teras bagi melahirkan lebih ramai atlet pelapis yang berpotensi mewakili negara pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ayub berkata sekiranya angkat berat kembali menjadi sukan teras, PABM akan mendapat keupayaan membentuk pasukan pelapis menerusi peruntukan yang lebih besar iaitu dengan memperluas usaha pencarian bakat seawal di peringkat sekolah.
Angkat berat menjadi antara tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo pada 2017, susulan prestasi sukan angkat berat itu yang semakin merosot serta pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
Ayub berkata sejak beliau mengambil alih pucuk kepimpinan persatuan, PABM telah banyak melalui pembaharuan terutama dalam menurunkan kes doping dan penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet.
Katanya kesedaran terhadap kesalahan itu dalam kalangan persatuan negeri dan jurulatih juga meningkat berikutan pelbagai bengkel serta semniar yang dianjurkan PABM.
Dalam pada itu, Ayub berkata PABM turut mengharapkan sokongan daripada mana-mana syarikat untuk menjadi penaja bagi menjamin sumbangan kilauan emas yang berterusan di temasya sukan berprestij.
"Angkat berat mungkin sukan tak popular tetapi sukan yang popular selalu tak berikan pingat. Kami minta pada masa akan datang, dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet dan kalau nak emas lagi menerusi sukan seperti ini maka pihak penaja perlu tampil untuk membantu," katanya.
Sementara itu, beliau mendedahkan sasaran PABM di Sukan Komanwel Birmingham adalah tiga emas dengan sebutir lagi disandarkan kepada Muhammad Erry Hidayat yang akan bersaing dalam kategori 73kg lelaki di Pusat Pameran Nasional (NEC), Birmingham pada pukul 1.30 pagi nanti waktu tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Mohamad Aniq (kiri) menyumbangkan emas pertama Malaysia menerusi kategori 55kg dan Muhamad Aznil menggondol emas kategori 61kg.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Aniq Kasdan kecewa sukan angkat berat masih dipalit masalah doping
Barisan atlet elit kebangsaan sudah berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan imej sukan itu.
Hapus doping sebelum senarai semula angkat berat dalam sukan teras - Ahmad Faizal
Penggiat sukan angkat berat juga berperanan penting dalam memastikan para atlet negara tidak lagi terpalit dengan isu doping.
Kembalikan angkat berat sebagai sukan teras - Presiden PABM
Susulan pencapaian dua pingat emas yang disumbangkan kem angkat berat negara setakat ini di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
PABM pastikan atlet tidak terpalit isu doping
Pada masa ini, atlet angkat berat kebangsaan perlu melaporkan maklumat keberadaan harian mereka melalui sistem dikendalikan Adamas.
Adamas minta PABM kaji semula hukuman terhadap Constantine, Nasir
Ketua Unit Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), S. Nishel Kumar, menganggap keputusan PABM menggantung dua atlet mereka selama dua tahun terlalu ringan.
Masalah kewangan himpit persiapan skuad angkat berat
Program Podium yang melibatkan dua atlet angkat berat itu tergendala apabila Institut Sukan Negara (ISN) belum meluluskannya, malah terpaksa mengadakan perbincangan semula.
Angkat berat: Hafifi, Zulhelmi intai peluang tersenarai ke Rio
Kedua-dua atlet itu mahu meyakinkan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk terpilih ke temasya sukan empat tahun sekali itu.