GEORGE TOWN: Kemenangan pertama Penang FC selepas enam perlawanan dalam Liga Super musim ini setelah berjaya menewaskan Perak FC 3-1 menunjukkan petanda positif untuk perlawanan akan datang, kata penolong ketua jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid.
Beliau berkata, selepas meraih kemenangan dalam perlawanan di Stadium Bandaraya di sini malam tadi, Harimau Kumbang akan memberikan lebih tumpuan untuk menentang pihak lawan dalam pertembungan seterusnya.
"Selepas perlawanan malam ini, kami akan fokus pada perlawanan yang akan datang untuk bertemu dengan Kedah Darul Aman FC, satu pasukan yang kuat.
"Jadi, kami akan cuba mendapatkan mata di Kedah supaya perbezaan mata itu tidak berada pada jurang yang sangat besar," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu, malam tadi.
Manzoor Azwira berkata berbanding perlawanan yang lepas, prestasi anak buahnya kali ini menunjukkan peningkatan.
Harimau Kumbang yang berada di tangga kelapan liga akan bertemu Sang Kenari yang berada di tangga keempat pada 5 April ini, manakala Perak FC yang berada di tangga kesembilan akan berhadapan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berada di tangga pertama pada 4 April di Stadium Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Pemain Penang FC, Hassan Saad (kanan) meraikan kejayaan menjaring gol pertama semasa bertemu Perak FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Bandaraya. --fotoBERNAMA

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

JDT perlu pamer aksi terbaik berdepan Penang FC - Solari
JDT perlu memberikan aksi terbaik ketika berdepan Penang FC dalam saingan suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad bagi menjamin slot ke separuh akhir musim ini.

Kemenangan sulung Penang FC tunjuk tanda positif
Selepas kemenangan malam tadi, Harimau Kumbang akan beri lebih tumpuan untuk menentang pihak lawan dalam pertembungan seterusnya.

Tindakan gantung pengadil, langkah proaktif FAM
Tindakan penggantungan ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Liga Super: Sabah ikat Sri Pahang, Selangor tewaskan Penang
Sabah FC dan Sri Pahang FC masing-masing akur berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam ini.

Liga Super: Penang bangkit ikat KL City 2-2 di Cheras
Penang FC berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, KL City FC 2-2.

KL City sedia gempur, Kedah mahu elak 'kejutan'
KL City, naib juara Piala AFC musim lalu, membuat persediaan rapi untuk musim baharu ini dengan membawa masuk nama-nama hebat dalam kancah bola sepak tempatan.

'Saya datang ke Penang bukan saja-saja'
Bukan senang untuk bangkit selepas ACL, namun saya tidak akan mengalah, inilah masanya untuk cuba sekali lagi, kata Danish.

Penyerang import dari Lubnan perkuat Penang FC
Soony merupakan pemain kebangsaan Lubnan yang pernah mewakili Amerika Syarikat di peringkat remaja.

Manzoor kagum kesungguhan pemain Penang FC
Kesungguhan itu merupakan perkara yang positif bagi pemain Penang FC.