awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuncak Malaysia e-Sports Series bermula, RM100,000 jadi rebutan

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2021
07:45 MYT
Kemuncak Malaysia e-Sports Series bermula, RM100,000 jadi rebutan
Peminat e-sukan negara juga dijemput serta sepanjang Grand Finale kerana tip-tip dan komen terhadap kejohanan MES 2021 akan diberikan oleh atlet tersohor e-sukan iaitu MasterRamen dan Xorn.
KUALA LUMPUR: Sejumlah 160 peserta akan berentap pada peringkat akhir Kejohanan Malaysia e-Sports Series (MES) 2021 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Pengerusi Penganjur MES 2021, Aimanhaq Zaharudin berkata hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 menjadi rebutan bagi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu PUBGM, FIFA 21 dan Mobile Legend Bang Bang.
"Grand Finale akan membuka tirai dengan PUBGM pada hari pertama (Jumaat), manakala, FIFA 21 akan berlangsung pada hari Sabtu sebelum kemuncak acara iaitu Mobile Legend Bang Bang pada hari Ahad.
"Dijangkakan, Grand Finale MES 2021 akan menyajikan pelbagai kejutan buat peminat e-sukan negara terutamanya selepas Team Haq mencipta kejutan awal pada pusingan kelayakan yang lalu.
"Selain itu, penganjur turut berbangga dengan kejohanan ini kerana telah berjaya menarik minat pasukan antarabangsa yang terkemuka seperti Todak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara penonton kejohanan MES 2021 yang bertuah bakal memenangi dua buah telefon pintar dan sebuah Konsol PS5.
Malah, peminat e-sukan negara juga dijemput serta sepanjang Grand Finale kerana tip-tip dan komen terhadap kejohanan MES 2021 akan diberikan oleh atlet tersohor e-sukan iaitu MasterRamen dan Xorn.
Selain itu, penampilan lagenda bola sepak negara Safee Sali dalam pusingan akhir pada Sabtu ini turut memberi gambaran sokongan beliau terhadap perkembangan e-sukan di negara ini yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#e-sukan
#e-sports
#Kejohanan Malaysia Esports Series
#MES2021
#Aimanhaq Zaharudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan