awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan gelanggang berkecuali diumum esok - AFC

Bernama
Bernama
09/03/2017
14:52 MYT
Keputusan gelanggang berkecuali diumum esok - AFC
WINDSOR PAUL: AFC hanya akan membuat keputusan mengenai perpindahan perlawanan di antara Korea Utara dan Malaysia ke gelanggang berkecuali, esok. - Gambar fail
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya akan membuat keputusan mengenai perpindahan perlawanan di antara Korea Utara dan Malaysia ke gelanggang berkecuali, esok.
Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul berkata, keputusan itu akan dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC, selepas menerima permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya tidak bermain di Pyongyang atas faktor keselamatan.
"Jawatankuasa berkenaan akan membuat keputusan esok dan kita akan mengumumkannya hari esok juga. Itu sahaja yang saya boleh cakap sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu dijadual menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang, 28 Mac ini.
Namun, berikutan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas, kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia bermain di negara itu atas faktor keselamatan.
Pada Selasa lalu, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas Korea Utara bertindak menghalang 11 rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan.
Permohonan gelanggang berkecuali bukan perkara baharu dalam arena bola sepak kerana negara seperti Israel, Palestin, Syria dan Arab Saudi pernah dibenarkan bermain di gelanggang berkecuali atas sebab tertentu sebelum ini.
Perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan yang dijadualkan pada 14 Nov ini juga mungkin dipindah ke gelanggang berkecuali.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan terbaru daripada AFC.
Hamidin pada Selasa lepas berkata AFC dijangka mengumumkan keputusan mengenai permohonan itu pada hari ini, selepas menghantar permohonan menukar venue pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#Harimau Malaysia
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan