KUALA LUMPUR: Penarikan diri Korea Utara dalam kumpulan H pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermakna semua keputusan pasukan tempat kedua hingga keempat dalam kumpulan A hingga G dengan pasukan tercorot setiap kumpulan tidak sah dan terbatal.
Ini bermakna jika Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua dalam Kumpulan G dan Indonesia di kedudukan tercorot, maka dua kemenangan skuad Harimau Malaya sebelum ini dengan Indonesia tidak bermakna apabila menentukan pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Asia dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam berkata semua keputusan perlawanan pasukan Kumpulan H dengan Korea Utara sebelum ini tidak akan dikira atau dibatalkan.
Juara setiap daripada lapan kumpulan dan empat pasukan naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.
"Akibatnya, selepas semua perlawanan pada pusingan kelayakan Piala Asia, keputusan perlawanan antara pasukan di tempat kedua dan kelima dalam Kumpulan A hingga G tidak diambil kira bagi memastikan penentuan seimbang berbanding kesemua naib juara kumpulan.
"Oleh itu mengurangkan sebarang kemungkinan keseimbangan antara tujuh kumpulan kelayakan yang disebabkan pengurangan penyertaan hanya empat pasukan dalam Kumpulan H, maka mekanisme baharu ini diguna pakai untuk memilih empat pasukan naib juara terbaik," menurut kenyataan AFC pada Khamis.
Selepas selesai perlawanan kumpulan, kedudukan akan berdasarkan jumlah mata tertinggi, perbezaan gol, jaringan, sistem mata 'fair play' (mengikut jumlah kad kuning dan merah) dan akhirnya melalui cabutan undi.
Menurut AFC, kempen kelayakan akan bersambung esok dengan 57 perlawanan diadakan dalam tempoh 19 hari dan berakhir 15 Jun.
Selepas lima perlawanan, Malaysia kini menduduki tangga kedua dalam Kumpulan G dengan sembilan mata, dua mata di bekalang Vietnam diikuti Thailand (8 mata), Emiriyah Arab Bersatu (UAE) (6 mata dengan baki satu perlawanan) dan Indonesia tanpa sebarang mata.
Enam daripada sembilan mata diperoleh oleh anak didik Tan Cheng Hoe adalah hasil dua kemenangan terhadap Indonesia (3-2 dan 2-0) serta kemenangan 2-1 dengan Thailand.
Misi Malaysia seterusnya di Dubai dengan berdepan UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021
Misi Malaysia seterusnya di Dubai dengan berdepan UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.