Keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenakan 'tanda harga' kepada mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang berminat mendapatkan pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) adalah satu keputusan wajar memandangkan MSN telah membuat pelaburan besar dalam AMD, kata Pendidik Jurulatih dan Pencari Bakat Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Datuk Richard Scully.
Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya dilaksanakan pada musim ini, namun terpaksa ditangguhkan ke musim depan susulan beberapa isu berbangkit yang ditimbulkan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan 'tanda harga' berkenaan.
"Saya rasa betul, dah sampai masa kita meletakkan tanda harga kepada pemain-pemain yang berada di dalam Akademi Mokhtar Dahari kerana mereka berada dalam satu generasi (untuk tempoh) lima tahun," katanya ketika ditemui pemberita sempena sambutan Hari Krismas di kediamannya, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Scully yang merupakan bekas penjaga gol kebangsaan mendedahkan, pihak AMD, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan MSN sedang memperhalus mekanisma sesuai untuk pelaksanaan 'tanda harga' berkenaan supaya tidak membebankan pasukan Liga-M yang berminat mendapatkan bekas pemain AMD selepas ini.
Ditanya mengenai kenyataan pengendali Selangor, B. Sathianathan yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan 'tanda harga', Scully menegaskan ia merupakan pandangan peribadi Sathia sendiri, namun menegaskan perkara itu tetap akan diteruskan terutama dalam menjaga kebajikan pemain berkenaan setelah mereka keluar daripada AMD.
"Tidak semestinya pemain senior sahaja boleh diletakkan tanda harga, pemain di Eropah yang berusia di antara 14 sehingga 15 tahun sudah diikat dari segi klausa supaya mereka dapat berkhidmat dengan sesebuah kelab berkenaan pada jangka masa panjang," jelas Scully.
Pada masa sama, beliau menegaskan keputusan pasukan Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT) membeli kumpulan pertama lepasan AMD pada musim ini mampu memberikan saingan sihat di kalangan pemain sedia ada dalam kedua-dua pasukan berkenaan.
Selangor dilaporkan 'memborong' 28 pemain AMD, manakala JDT berjaya mendapatkan khidmat 6 pemain AMD.
Ahad lepas, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahkan mana-mana kelab bola sepak yang berminat mendapatkan khidmat pelatih AMD akan dikenakan 'tanda harga' sebagai insentif dalam bentuk pampasan kepada akademi berkenaan.
Perkembangan itu mendapat pelbagai reaksi, khususnya pasukan yang berhasrat mendapatkan pelatih AMD apabila perlu membayar pampasan bermula serendah USD2,000 (RM8,280) untuk satu-satu pemain selaras dengan garis panduan ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019
Scully ketika ditemui pemberita sempena sambutan Hari Krismas di kediamannya, di Klang, 25 Dis, 2019. Astro ARENA
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
Atlet paralimpik mampu hasilkan keputusan luar biasa di Paris
Keyakinan itu hadir berdasarkan pencapaian dan prestasi kontinjen para negara dalam dua temasya di Rio 2016 dan Tokyo 2020 sebelum ini.