KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Sarawak bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dan Para Sukma.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun jumlah itu lebih rendah daripada RM100 juta yang dimohon negeri berkenaan sebelum ini, ia harus terus memandang ke hadapan serta menjadi tuan rumah yang baik.
"Kami cukup bertuah kerana Sarawak mendapat dana yang baik berbanding negeri lain. Kami tidak merungut mengenai isu itu kerana pada akhirnya apa yang lebih penting ialah kami mampu menjadi tuan rumah yang baik dan mempromosikan bidang sukan.
"Apa yang lebih penting bagi kami adalah limpahan daripada penganjuran Sukma. Boleh anda bayangkan jika setiap individu yang hadir membelanjakan RM1,000 semasa acara itu? Manfaatnya amat besar kepada semua pihak dalam industri (dan ekonomi)," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai Sukma di sini pada Khamis.
Temasya sukan itu bakal berlangsung di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos yang melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri selain menyaksikan 37 jenis sukan dipertanding membabitkan 488 acara iaitu 236 bagi atlet lelaki, 217 bagi atlet wanita manakala 35 lagi campuran lelaki dan wanita selain menghimpunkan 12,619 atlet serta pegawai.
Sukma, yang diperkenal pada 1986, sudah dua kali dianjurkan di Sarawak iaitu pada 1990 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
Abdul Karim berkata, walaupun jumlah itu lebih rendah daripada yang dimohon sebelum ini, Sarawak harus terus memandang ke hadapan serta menjadi tuan rumah yang baik. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
Ahli Parlimen Labuan akan bangkitkan isu bebas cukai
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman akan membangkitkan isu status bebas cukai pulau itu yang semakin terhakis kepada kerajaan Persekutuan.
Kelantan bincang dengan kerajaan Persekutuan atasi banjir termenung - MB
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung.
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Kerjasama kerajaan Persekutuan, Johor penting untuk beri dampak menyeluruh - PM
PM dan MB Johor bincang pelbagai perkara berhubung kait tatakelola dan peruntukan bagi pembangunan dan ekonomi Negeri Johor.
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
Johor zahir terima kasih kepada kerajaan Persekutuan luluskan peruntukan banjir
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.