Kerajaan akan terus memberi galakan dan sokongan kepada sukan permotoran negara supaya sentiasa mendapat sambutan pada masa akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sukan berkenaan sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kini.
"Saya lihat Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) mendapat sambutan yang sangat hangat. Saya difahamkan dijangka 90,000 orang akan hadir pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2016.
"Namun yang lebih penting kita dapat mengetengahkan jaguh-jaguh kita di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat tiga pelumba tempatan di pejabatnya di Menara Parlimen di sini hari ini.
Mereka adalah Hafizh Syahrin Abdullah dalam saingan Moto2 serta Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin dalam Moto3 yang akan beraksi pada kejohanan di Litar Antarabangsa Sepang, mulai Jumaat hingga Ahad ini.
Perdana menteri berkata beliau mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelumba berkenaan.
"Saya difahamkan mereka mempunyai potensi untuk berjaya dan kami semua rakyat Malaysia berasa bangga dengan kehebatan mereka dan percaya bahawa mereka boleh bersaing dengan pelumba-pelumba dari negara-negara lain," kata Najib.
Litar Sepang akan menjadi tuan rumah pusingan kedua terakhir Kejuaraan MotoGP Dunia tahun ini, dengan pusingan akhir di Valencia, Sepanyol dari 11 hingga 13 Nov.
Sebelum pusingan Malaysia, SIC menganjurkan sesi menonton siaran secara langsung MotoGP Jepun pada 16 Okt, dan MotoGP Australia pada 23 Okt, kedua-duanya diadakan di restoran The Podium by Daun di Sri Hartamas.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Hafizh berkata meskipun kurang sihat dan mengalami sedikit kecederaan pada kaki dalam kejohanan baru-baru ini, beliau akan cuba memberikan yang terbaik untuk perlumbaan berkenaan.
Adam pula mengakui merasa sedikit 'gelabah' kerana ini merupakan tahun pertama beliau bertanding di peringkat yang tinggi.
Bagaimanapun dengan memperoleh kedudukan yang lebih baik pada kejohanan minggu lepas, Adam berkata ia memberikan motivasi tinggi kepadanya untuk beraksi pada minggu ini.
Khairul Idham pula berkata beraksi di negara sendiri menjadikannya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik untuk negara. - Bernama
Bernama
Mon Oct 24 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan pelumba negara yang akan bertanding pada Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix yang akan berlangsung minggu ini. - Foto BERNAMA
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
MotoGP: Jorge Martin akhiri musim penuh gaya bergelar juara
Jorge Martin berjaya mengakhiri perlumbaan di podium tertinggi kejuaraan berprestij itu.
PM Anwar hadir pada perlumbaan GP Malaysia 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
Rasuah: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kembali ke tanah air
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023
Pengunjung perlumbaan GP Malaysia 2023 di SIC yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.