awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi

Bernama
Bernama
01/02/2024
04:42 MYT
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Perlumbaan Moto GP Argentina 2024 dijadualkan berlangsung pada 7 April di bandar Termas de Rio Hondo di utara Argentina.- Gambar fail/AP
ANKARA: Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Moto GP pada Rabu.
"FIM, IRTA dan Dorna Sports mengesahkan pembatalan GP Argentina 2024. Disebabkan keadaan semasa di Argentina, penganjur acara itu telah memaklumkan bahawa pada masa ini pihaknya tidak dapat menjamin mampu menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut standard Moto GP untuk menganjurkan Grand Prix 2024," menurut kenyataan itu.
Perlumbaan itu dijadualkan berlangsung pada 7 April di bandar Termas de Rio Hondo di utara Argentina.
"...MotoGP berharap dapat kembali berlumba di Termas de Rio Hondo pada 2025," menurut kenyataan itu.
Minggu lalu, ribuan pekerja di Argentina melancarkan mogok umum di Buenos Aires dan wilayah lain di negara itu untuk membantah pembaharuan ekonomi yang diperkenalkan oleh Presiden Javier Milei.
Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perangkaan negeri INDEC pada Januari, inflasi tahunan Argentina melonjak kepada 211.4 peratus pada 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MotoGP
#Argentina
#Grand Prix
#dibaalkan
#krisis ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan