KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh mengambil peranan persatuan sukan kebangsaan dalam menentukan sama ada kontrak seseorang atlet itu dilanjutkan atau ditamatkan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jika peranan itu diambil alih kerajaan, sudah pasti ia akan menimbulkan kesan tidak baik terhadap ekosistem pembangunan sukan tanah air.
Dan kesan tidak baik itu, jelas Ahli Parlimen Tambun itu lagi, termasuk juga daripada persatuan-persatuan sukan antarabangsa,
"Saya setuju bahawa prestasi atlet amat penting untuk tempoh diberikan bantuan melalui program podium, tapi kita perlu sedia maklum, kerajaan tidak mampu untuk mengambil alih peranan dimainkan oleh pesatuan-persatuan sukan kebangsaan.
“Pemilihan atlet dijalankan secara bersama melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi berkaitan bagi tentukan seseorang atlet itu kekal atau dihentikan dari kontrak.
“Jika kerajaan ambil alih (peranan tersebut), sudah tentu ianya akan mendapat kesan tidak baik dari persatuan sukan antarabangsa,” katanya lagi.
Ahmad Faizal berkata berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ramkarpal Singh (PH - Bukit Gelugor), yang ingin tahu mengapa keutamaan lanjutan kontrak tidak diberikan kepada atlet tempatan bertaraf dunia.
Terdahulu William Leong Jee Keen (PH - Selayang) ingin mengetahui rasional keputusan kementerian menggugurkan 144 atlet negara dari program latihan.
Menjawab soalan itu, Ahmad Faizal berkata, perkara tersebut merupakan kelaziman dalam proses penilaian serta pengurusan atlet dan dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia.
“Untuk makluman YB Selayang, penyusunan semula program persediaan atlet bagi tahun 2022 dilakukan berikutan suntikan dana untuk Program Podium sebanyak RM60 juta setahun (RM240 juta bagi tempoh empat (4) tahun.
“Ini akan menunjukkan peningkatan bilangan atlet daripada 321 atlet kepada 776 atlet iaitu peningkatan sebanyak 142 peratus,” katanya lagi.
Ahmad Faizal berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 346 atlet (262 atlet normal dan 84 atlet para) daripada 26 jenis sukan telah menerima tawaran kontrak baharu bagi menjalani program latihan sepenuh masa pada tahun ini.
Selain itu, beliau berkata, seramai 430 atlet (235 atlet normal dan 195 atlet para) daripada 26 jenis sukan akan menjalani program latihan secara berfasa.
Firdaus Azil
Wed Mar 23 2022

Jika peranan itu diambil alih, sudah pasti ia akan menimbulkan kesan tidak baik terhadap ekosistem pembangunan sukan tanah air, kata Ahmad Faizal Azumu. - Gambar fail

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

Shalin Zulkifli ketuai jawatankuasa atlet ADAMAS
Legenda tenpin boling negara Datuk Shalin Zulkifli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Atlet Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

China negara pertama berjaya jalankan operasi reaktor nuklear thorium secara berterusan
Reaktor thorium tidak memerlukan bekalan air yang banyak untuk sistem penyejukan dan dianggap lebih bersih berbanding reaktor nuklear semasa.

UNRWA beri amaran situasi kritikal di Gaza akibat sekatan Israel
UNRWA memaklumkan pihaknya kini mengendalikan 115 pusat perlindungan di seluruh Gaza, yang menempatkan lebih 90,000 pelarian.

Google didapati bersalah amal monopoli perniagaan iklan
Ini adalah kali kedua Google didapati bersalah melakukan monopoli di Amerika Syarikat, selepas kes monopoli perniagaan carian pada Ogos tahun lalu.

AS hadkan anggota tentera di Syria kepada kurang 1,000 - Pentagon
Penyusunan semula itu mencerminkan langkah ketara yang telah dicapai AS dalam melemahkan keupayaan operasi kumpulan pengganas Daesh/ISIS.

KazanForum 2025: Malaysia sedia main peranan strategik seiring perkembangan koridor utara-selatan
Malaysia dan negara-neara Selatan Global dapat manfaat daripada transformasi perdagangan yang dibawa ITC Utara-Selatan merentasi Eurasia.

Messi buka mulut soal Piala Dunia 2026 - 'Tunggu dan lihat'
Walaupun belum muktamad, kapten Argentina berusia 37 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di pentas dunia.

Majlis Media Malaysia disaran wujud pasukan khas pantau kesilapan - Pakar
Inisiatif itu akan memperkukuh profesionalisme dan ketekalan landskap media negara.

Saintis kesan kewujudan hidupan di planet selain bumi
JWST mengesan molekul dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) di atmosfera K2-18b, yang dihasilkan oleh bakteria dan plankton di bumi.

Insiden lubang pembetung di Lenggong: Mangsa maut akibat kurang oksigen - Polis
Polis mengesahkan tiga lelaki yang ditemukan maut dalam lubang pembetungan di Lenggong disebabkan terdedah kepada persekitaran kekurangan oksigen dalam ruang pembetung terkurung.

Dua RUU berkaitan ekonomi diluluskan di Dewan Rakyat, Dewan Negara
Dua Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan ekonomi diluluskan selepas bersidang selama 12 hari.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah - Azalina
Kelulusan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 menandakan pengembalian kebebasan perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun dimansuhkan.

Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan adab, bukan konotasi negatif
Isu mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun perlu dihujahkan dengan adab dan wibawa yang tinggi.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.