"SAYA bertanggungjawab atas segala yang berlaku," kata badang negara, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad, sebaik sesi pendengaran kes dopingnya bersama panel Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) di sebuah hotel di Seremban hari ini.
Azroy Hazalwafie bersama seorang atlet muda Terengganu, Ikram Haikal Zuari, dikesan menggunakan dadah rangsangan jenis anabolic steroid dalam satu ujian yang diadakan pada Mei lalu.
Jika didapati bersalah, kedua-dua atlet negara itu berisiko digantung selama empat tahun daripada terlibat dengan sebarang aktiviti sukan.
Susulan itu, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil tindakan drastik untuk membubarkan skuad kebangsaan bermula awal bulan depan bagi mengelakkan sebarang masalah lebih besar, termasuk risiko persatuan itu sendiri digantung oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).
Azroy Hazalwafie, selepas sesi pendengaran kesnya, berkata dia mengambil pil tahan sakit yang dibeli sendiri itu tanpa merujuk kepada Insitut Sukan Negara (ISN) dan bersedia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala yang berlaku kepada dirinya dan kes sama membabitkan Ikram Haikal.
Dia berkata kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi: "Saya berterima kasih kepada ADAMAS kerana sudi datang bagi sesi perbicaraan saya. Saya baru sahaja selesai sesi pendengaran dengan ADAMAS dan panel-panel yang lain.
"Saya sudah meluahkan segala yang saya perlu untuk mempertahankan diri saya dan berharap ADAMAS dapat mengurangkan penggantungan empat tahun agar saya dapat bersedia bagi menghadapi kejohanan selepas tahun 2024.
"Sukan Komanwel 2022 (Birmingham) nampaknya bukan rezeki saya dan saya redha. Buat masa ini, saya memerlukan semangat daripada kawan-kawan untuk meneruskan sukan ini."
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018 itu menambah: "Saya sudah menjelaskan kepada ADAMAS dan panel mengenai bagaimana bahan terlarang itu boleh berada dalam sampel air kencing saya dan mereka akan membuat keputusan mengenai berapa tahun tempoh penggantungan saya.
"Saya juga akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada junior saya, Haikal, kerana mungkin silap saya juga kerana tidak merujuk kepada ISN atau mana-mana pihak kesihatan.
"Jadi, saya mahu menjelaskan kepada Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Angkat Berat Terengganu bahawa saya akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada atlet mereka yang bernama Ikram Haikal.
"Apa yang sebenarnya berlaku, secara jujurnya saya bercakap, dia mengalami kecederaan belakang sewaktu sesi latihan bersama saya dan saya telah memberikannya satu ubat tahan sakit.
"Saya telah menjelaskan kepada pihak ADAMAS dan panel mengenai di mana saya mendapatkan ubat tersebut dan ubat itulah yang telah saya berikan kepadanya (Ikram Haikal).
"Saya sudah memaklumkan kepada pihak di Terengganu bahawa saya akan bertanggungjawab ke atas segala yang berlaku kepada Haikal.
"Dia masih terlalu muda (17 tahun) dan berpotensi. Mungkin silap saya kerana memberikan ubat itu kepadanya tanpa merujuk kepada doktor di ISN.
"Saya tidak menuding jari kepada sesiapa dan menuding jari kepada diri saya sendiri kerana ia semuanya memang salah saya, bukan salah sesiapa," katanya.
Astro Arena
Sat Oct 23 2021
Azroy Hazalwafie bersama seorang atlet muda Terengganu, Ikram Haikal Zuari, dikesan menggunakan dadah rangsangan jenis anabolic steroid dalam satu ujian yang diadakan pada Mei lalu. - Foto Astro ARENA
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Kes doping: 'Saya bertanggungjawab atas segalanya' - Azroy Hazalwafie
"Saya bertanggungjawab atas segala yang berlaku," kata badang negara, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad, sebaik sesi pendengaran kes dopingnya bersama panel Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) hari ini.
PABM gantung atlet positif ujian doping
Penggantungan dua tahun dikenakan selepas merujuk perkara itu kepada WADA, sekali gus mengelak daripada dikenakan hukuman mandatori empat tahun.
Positif dadah: Anabolik steroid beri kesan jangka masa panjang pada atlet angkat berat
Dua atlet angkat berat yang positif dadah bakal berhadapan hukuman berat jika didapati bersalah, itu tegas pegawai perubatan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Dr Talorchan singh.