awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketumpulan penyudah halang TFC II raih kemenangan di laman sendiri

Bernama
Bernama
12/08/2021
03:08 MYT
Ketumpulan penyudah halang TFC II raih kemenangan di laman sendiri
Badrul Afzan berkata, masalah tersebut jelas menghantui pasukannya apabila pemain masih gagal menjaringkan gol. - Foto fail/Facebook/Badrul Razali
KUALA TERENGGANU: Jurulatih Terengganu FC ll (TFC ll), Badrul Afzan Razali mengakui ketumpulan penyudah oleh pemain penyerang kurang berpengalaman menyebabkan pasukannya gagal meraih sebarang gol dalam aksi Liga Premier menentang Perak FC ll, malam tadi.
Badrul Afzan berkata, masalah tersebut jelas menghantui pasukannya apabila pemain masih gagal menjaringkan gol walaupun beberapa peluang keemasan sudah terhidang di depan mata.
"Masalah penyudah memang ketara. Tanpa pemain import berpengalaman kita Jordan Mintah malam tadi, penyerang tempatan kita masih lagi susah nak 'score' di depan pintu gol.
"Pemain sepatutnya lebih yakin, bersedia dan bila bermain perlu tunjuk karakter penyerang. Jadi itulah...saya kecewa sikit," katanya selepas perlawanan menentang Perak FC ll, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Pada perlawanan penuh dramatik itu, TFC ll sekadar mengutip satu mata selepas seri 0-0 dengan Perak FC ll. Bagaimanapun keputusan tersebut membolehkan skuad The Turtles berjaya merampas kembali kedudukan sebagai pendahulu liga daripada pasukan Negeri Sembilan.
Sementara itu, pengendali Perak FC ll, Syamsul Mohd Saad berkata beliau berpuas hati kerana misi untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari tempat lawan akhirnya berjaya.
Menurut Syamsul beliau amat bangga dan berpuas hati dengan kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan anak buahnya dalam perlawanan malam tadi.
"Saya juga berpuas hati kerana pemain saya berjaya bertahan dengan baik walaupun berdepan pasukan seperti TFC ll yang ketika ini sudah kembali menduduki tangga teratas liga.
"Kita juga sebenarnya agak bernasib baik kerana Jordan Mintah tak bermain pada malam ni, jika tidak akan menjadikan permainan lebih sukar bagi kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#TFC II
#badrul afzan razali
#Liga Premier
#Perak FC II
#Jordan Mintah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan