SPORTS
Keyakinan tinggi Ruben Amorim: ‘Kami akan bawa pulang Piala Europa!'

Amorim (gambar) menegaskan, 'keyakinan' yang dibina melalui kemenangan di San Mamés akan menjadi pemangkin utama Manchester United untuk musim berikutnya. - Foto Manchester United
RUBEN Amorim menegaskan keyakinannya bahawa pasukannya akan bangkit di Bilbao pada Rabu dan memenangi Liga Europa, meskipun prestasi domestik mereka tidak begitu konsisten musim ini.
Amorim turut menyatakan, kepercayaan pasukan untuk menjuarai kejohanan itu lebih bernilai daripada apa-apa ganjaran kewangan, sambil menegaskan “keyakinan” yang dibina melalui kemenangan di San Mamés akan menjadi pemangkin utama untuk musim berikutnya.
Perlawanan akhir dijadual berlangsung pada 21 Mei ini di Stadium San Mamés, Bilbao, Sepanyol, di mana United akan berdepan Tottenham Hotspur dalam usaha merangkul trofi pertama di bawah kendalian Amorim.
Skuad kendalian Amorim akan memakai jersi merah dengan seluar hitam dan stokin hitam - gaya yang terakhir digunakan dalam aksi lawan Real Sociedad, untuk menambah elemen tradisi kepada pertembungan bersejarah ini.Di sebalik harapan tinggi, terdapat bonus besar yang menanti di Old Trafford - beberapa pemain akan menikmati kenaikan gaji ‘colossal’ sekiranya United memenangi Liga Europa, menurut klausa kontrak yang dirancang oleh INEOS.
Secara statistik, Manchester United kekal tidak tewas dalam semua perlawanan Liga Europa musim ini dan dianggarkan mempunyai kebarangkalian 98% untuk mencapai final, sekali gus menjadikan mereka pilihan utama untuk menjuarai kejohanan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami