awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFA langsai tunggakan gaji pemain, pegawai skuad hijau kuning - Presiden

Bernama
Bernama
01/11/2020
20:38 MYT
KFA langsai tunggakan gaji pemain, pegawai skuad hijau kuning - Presiden
Kedah bakal berentap dengan Pahang dalam pusingan kalah mati bagi saingan Piala Malaysia pada 6 Nov ini. - Gambar hiasan
SIK:Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akhirnya berjaya melangsaikan semua tunggakan gaji skuad hijau kuning termasuk pegawai pasukan itu yang berjumlah RM3.8 juta, pada Sabtu.
Presiden KFA Muhammad Sanusi Md Nor, ketika mengesahkan perkara itu, memaklumkan bahawa bayaran gaji tersebut membabitkan tunggakan bagi April, Mei dan Jun tahun ini.
Beliau berkata langkah itu diharap mampu menyuntik semangat pasukan Kedah untuk beraksi dengan cemerlang pada pertemuan pusingan pertama saingan Piala Malaysia apabila bertemu Pahang di Stadium Darul Aman pada 6 Nov ini.
"Saya yakin dengan prestasi semasa pasukan bimbingan Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak, Kedah mampu menewaskan Pahang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Dewan Al-Hana di sini semalam.
Beliau mengulas keputusan undian semalam yang menetapkan Kedah bakal berentap dengan Pahang dalam pusingan kalah mati bagi saingan Piala Malaysia pada 6 Nov ini.
Muhammad Sanusi berkata para pemain juga telah membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super yang berakhir baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persatuan bola sepak kedah
#Kedah
#bola sepak
#Muhammad Sanusi Md Nor
#KFA
#tunggakan gaji
#Aidil Sharin Sahak
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan