awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
LPNM rancang bangunkan lima pusat pemprosesan sisa nanas dalam RMK13
GADGETS
Skrin BSOD Windows 11 berwajah baharu, tidak lagi berwarna biru
MALAYSIA
Jaga adab ketika ziarah, jangan lakukan khurafat - Ibu Allahyarham Nurly Shahirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

KFA perjelas isu pelepasan saham KDA FC

Sinar Harian
Sinar Harian
28/06/2025
23:30 MYT
Sponsor Banner
KFA perjelas isu pelepasan saham KDA FC
Kenyataan media dimuat naik KFA pada Sabtu. - Facebook Persatuan Bola Sepak Kedah
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) tampil menafikan dakwaan bahawa Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini dimiliki penuh oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar telah 'dikhianati', susulan kenyataan pemilik Sang Kenari itu sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Ismail, menjelaskan secara terperinci kronologi penyerahan pegangan saham yang membawa kepada pemilikan penuh KDA FC oleh Mohd Daud.
Menurut Ibrahim, perjalanan awal penswastaan KDA FC menyaksikan KFA menyerahkan sebahagian besar saham syarikat kepada Mohd Daud secara percuma, membolehkan beliau menjadi pemilik majoriti dan menguruskan pasukan tanpa sebarang bayaran.
Lebih penting, KFA turut menanggung segala hutang lama sebelum penyerahan tersebut, sekali gus meringankan beban kewangan kelab gergasi tanah air berkenaan pada waktu itu.
“Sejumlah saham syarikat kemudiannya dipindahkan kepada beliau (Mohd Daud) secara percuma.
“Ini menjadikannya pemilik majoriti saham syarikat untuk membolehkan beliau menguruskan pasukan," menurut Ibrahim.
Beliau turut menjelaskan atas sebab-sebab tertentu, Mohd Daud tidak mendaftarkan dirinya sebagai pengarah syarikat, menyebabkan nama-nama pengarah terdahulu dikekalkan.
Namun begitu, segala keputusan pengurusan pasukan termasuk pemilihan pemain, kontrak, perjanjian, penajaan, dan hal ehwal kewangan sepenuhnya berada di tangan Mohd Daud tanpa campur tangan pengarah syarikat yang dilantik oleh KFA.
Sejak persetujuan pengasingan kuasa kepada pengurusan baharu KDA FC, selaras dengan garis panduan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelab itu turut menerima suntikan dana permulaan berupa pinjaman sebanyak RM1 juta, bersama pelbagai wang deposit seperti yang ditetapkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Bagaimanapun, keadaan kewangan kelab dilaporkan berada pada titik kritikal pada penghujung beberapa musim lalu.
Kesemua pengarah syarikat terdahulu menerima tuntutan hutang badan berkanun berjumlah RM2.8 juta bagi musim yang sama.
“Memasuki musim 2024-25, pengurusan utama KDA FC dinasihatkan agar lebih berhemah dalam berbelanja memandangkan kelab berhadapan kekangan mendapatkan penaja utama,” menurut Ibrahim.
Beliau juga mendedahkan isu kewangan ini berulang pada musim lalu, dengan tuntutan oleh badan berkanun berjumlah RM2.6 juta.
Ini menjadikan keseluruhan liabiliti yang ditanggung oleh tiga pengarah syarikat tersebut mencecah hampir RM6 juta, sedangkan pemegang saham dalam kelab tidak menanggung sebarang liabiliti terbabit.
Meskipun pelbagai reaksi dan spekulasi timbul berkaitan isu ini, Ibrahim menegaskan bahawa KFA tetap menghormati keputusan dan pendirian yang dibuat oleh ketiga-tiga pengarah berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KDA FC
#persatuan bola sepak kedah
#Mohd Daud Bakar
#Ibrahim Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami