awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Fahmi belum fikir tawaran MUSA

Bernama
Bernama
30/10/2017
14:04 MYT
Khairul Fahmi belum fikir tawaran MUSA
KHAIRUL FAHMI: Saya belum menetapkan hala tuju untuk bermain dengan mana-mana pasukan kecuali Kelantan buat masa ini. - Gambar fail
Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat belum memikirkan tawaran dikemukakan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Beliau berkata tawaran MUSA itu merupakan suatu perkembangan yang positif dalam perkembangan kariernya sebagai penjaga gol.
Namun, pada masa sama, Khairul Fahmi menegaskan beliau masih menghormati baki kontrak bersama Kelantan yang hanya tamat pada musim depan.
"Saya berterima kasih kepada MUSA kerana menawarkan kontrak untuk beraksi bersama Melaka United musim depan, namun buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang keputusan.
"Saya belum menetapkan hala tuju untuk bermain dengan mana-mana pasukan kecuali Kelantan buat masa ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Akhbar sebelum ini, melaporkan MUSA sedia mendapatkan khidmat bekas penjaga gol kebangsaan itu bagi memperkuatkan skuad Hang Tuah dalam saingan Liga-M musim depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Kelantan
#Khairul Fahmi Che Mat
#kontrak
#melaka united
#MUSA
#persatuan bola sepak melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan