Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sudah menghantar surat tunjuk sebab berhubung insiden kekecohan penyokong di Stadium Shah Alam, perlu menunggu tindakan seterusnya oleh Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata hanya Pesuruhjaya Sukan mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan berhubung surat tunjuk sebab berkenaan yang dihantar oleh FAM semalam.
"Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, apa sahaja surat tunjuk sebab mestilah dijawab terus kepada Pesuruhjaya Sukan. Apabila Pesuruhjaya Sukan membuat pertimbangan dan keputusan, barulah persatuan sukan terbabit boleh merayu kepada menteri.
"Saya sebagai badan rayuan tidak boleh terlibat dalam membuat keputusan yang pertama kerana bagaimana mereka boleh membuat rayuan kepada saya, jika saya sudah terlibat dalam keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Festival Score FitMob' di Kolej Universiti KDU, di sini hari ini.
Pada 9 Sept lepas, Zaiton memberi tempoh 14 hari kepada badan induk bola sepak negara itu untuk mengemukakan jawapan lengkap berhubung kekecohan semasa kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Arab Saudi apabila penyokong bertindak membaling suar dan mercun ke dalam padang.
Perlawanan itu terpaksa dihentikan oleh pengadil perlawanan Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 semasa Malaysia ketinggalan 1-2 kepada pasukan pelawat.
Dalam pada itu, Khairy menyambut baik cadangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan untuk membayar gaji kepada pemain di bawah persatuan itu mengikut prestasi pemain.
"Jika tiada apa-apa halangan, saya harap ia dapat diteruskan walaupun cadangan itu sesuatu di luar kelaziman," katanya.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini, membuat keputusan untuk membayar gaji pokok rendah tetapi insentif yang lumayan jika pasukan mencatat kejayaan berikutan prestasi hambar skuad NS Matrix dalam saingan Liga Perdana, musim ini.
Bernama
Wed Sep 23 2015
KHAIRY: Mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997, apa sahaja surat tunjuk sebab mestilah dijawab terus kepada Pesuruhjaya Sukan. Foto BERNAMA
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.