Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tidak kisah siapa yang bakal membimbing skuad Harimau Malaya asalkan jurulatih berkenaan mampu menaikkan kembali prestasi pasukan negara.
Khairy, bagaimanapun berharap pemilihan jurulatih baharu skuad Harimau Malaya itu sama ada dari Malaysia atau luar negara, dibuat secara teliti andai kontrak Datuk K. Rajagobal selaku pengendali pasukan kebangsaan tidak dilanjutkan tahun depan.
"Sesiapa pun yang dilantik menggantikan jurulatih kebangsaan sekarang, saya harap pemilihan itu dibuat secara terbuka....maksudnya kita menawarkan jawatan tersebut dan kita terima sesiapa sahaja yang memohon.
"Saya rasa jika jurulatih berkualiti seperti (Philippe) Troussier tidak memohon, kita sendiri akan pergi cari. Namun FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu bentangkan kepada jawatankuasa yang akan memilih berdasarkan kepada kekuatan jurulatih yang dikenal pasti ataupun mereka yang memohon supaya kita dapat yang terbaik untuk jawatan itu," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.
Khairy diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai spekulasi bahawa FAM sanggup menawarkan gaji AS$18,000 (RM59,000) sebulan kepada Troussier untuk membimbing skuad kebangsaan menggantikan Rajagobal.
Spekulasi itu kini bertiup kencang dan FAM dikatakan bersedia berbuat demikian kerana percaya Troussier, 58, yang pernah mengendalikan skuad kebangsaan Jepun ketika negara itu menjadi tuan rumah bersama Korea Selatan pada Piala Dunia 2002, mengembalikan semula maruah Harimau Malaya.
Begitu pun, jurulatih dari Perancis itu dikatakan hanya akan menerima jawatan tersebut jika ditawarkan pendapatan tahunan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) yang menyaksikan dia bakal meraih gaji bulanan AS$126,805 (RM416,000).
Sebelum ini, masa depan Rajagobal terus menjadi tanda tanya apabila FAM dilaporkan menerima 30 permohonan daripada pengendali tempatan mahupun luar negara yang berminat untuk mengambil alih skuad Harimau Malaya.
Antara nama yang disebut sebagai pengganti Rajagobal ialah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts; pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee dan bekas jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan.
Rajagobal kini masih mempunyai tugasan bersama Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015.
Beliau yang masih memiliki kontrak sehingga 31 Dis depan, telah ditetapkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi membantu Harimau Malaya layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2015.
Dalam perkembangan lain, Khairy mahu skuad Harimau Muda A kendalian Kim Swee mengekalkan prestasi terbaik mereka dan memperluaskan sasaran untuk cemerlang di peringkat Asia dan tidak tertumpu kepada rantau Asean semata-mata.
"Sasaran kita sudah pasti mahu mempertahan pingat emas di Sukan SEA Myanmar (Disember ini) tetapi saya rasa kita tidak sepatutnya terbatas di situ sahaja.
"Saya mahu lihat pasukan kebangsaan bukan sahaja berjaya di Sukan SEA tetapi menampilkan prestasi cemerlang pada Sukan Asia (di Incheon, Korea Selatan) tahun depan," katanya.
Dalam pada itu, Khairy berpuas hati dengan pencapaian skuad Harimau Muda yang berjaya menjuarai Pestabola Merdeka, Sabtu lepas.
Skuad kendalian Kim Swee itu menewaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Bernama
Thu Sep 19 2013
Utara Israel teruk terima serangan balas Hezbollah
Pasukan kecemasan Israel pada Jumaat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kiryat Shmona yang teruk diserang Hezbollah. Serangan itu dilakukan menerusi serangan udara iaitu misil serta dron yang dilancarkan dari selatan Lubnan dengan sasarannya ditujukan ke bandar yang terletak di utara Israel itu.
Setahun berlalu, jawapan dan keadilan masih menjadi tanda tanya
Mangsa-mangsa yang terkesan akibat tragedi kapal karam yang berlaku di Greece masih mencari keadilan dan jawapan tentang punca insiden itu.
Polis cemas, nyawa hampir melayang ketika bertugas
Seorang anggota polis wanita yang sedang bertugas hampir menemui ajal selepas sebuah motosikal secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang digunakannya melakukan rondaan sehingga terlajak mengenai dirinya. Akibat daripada impak luruan laju motosikal itu, anggota wanita terjatuh sebelum sempat melarikan diri.
Jasad 45 mangsa kebakaran dibawa pulang ke India
Jasad kesemua 45 mangsa warga India yang terkorban akibat kebakaran dahsyat di Kuwait dibawa pulang ke kampung halaman mereka di New Delhi pada Jumaat. Kesemua mereka adalah pekerja di fasiliti perumahan di Kuwait yang terbakar.
Kemalangan jiwa yang besar serta menyayat hati itu telah membuka mata orang ramai yang meminta kerajaan India melipat gandakan usaha serta memperhalusi hak para pekerjanya di luar negara dan cara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk rakyatnya mencari rezeki di luar serta alternatif lain untuk mereka mengirim wang buat keluarga.
Kemalangan jiwa yang besar serta menyayat hati itu telah membuka mata orang ramai yang meminta kerajaan India melipat gandakan usaha serta memperhalusi hak para pekerjanya di luar negara dan cara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk rakyatnya mencari rezeki di luar serta alternatif lain untuk mereka mengirim wang buat keluarga.
Akta gugur anak di Brazil undang tentangan rakyat
Usul kontroversi berkaitan akta pengguguran anak di Brazil mengundang tentangan rakyat negara itu yang melihat ia sebagai menindas hak wanita serta akses golongan ini terhadap fasiliti kesihatan.
The Experts ditayang di Festival Filem Antarabangsa Shanghai 2024
Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo serta Hefei, China.
Bergelut dengan ekonomi, sambutan Aidiladha kurang meriah
Perayaan Hari Raya Aidiladha untuk rakyat Tunisia tidak semeriah seperti tahun-tahun sebelum ini akibat terbeban dengan ekonomi yang semakin teruk.
Harga kambing, khususnya, telah mencanak naik sekitar 25 peratus disebabkan faktor kemarau dan kos makanan ternak yang meningkat.
Harga kambing, khususnya, telah mencanak naik sekitar 25 peratus disebabkan faktor kemarau dan kos makanan ternak yang meningkat.
Majikan perlu semak tangga gaji kakitangan sektor
Ketika penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji melebihi 13 peratus, majikan diminta untuk menyemak tangga gaji sektor swasta dalam memperkasakan kesejahteraan pekerja.
MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20 peratus
Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (Mita) mengumumkan kenaikan 20 peratus harga penyewaan bas dan van persiaran bermula Isnin ini.
Dua anggota polis terbunuh, tiga cedera dinaikkan pangkat
Dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dianugerahkan pangkat koperal secara posthumous.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.