awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KHM rangka kertas kerja mohon imbuhan persiapan ke Piala Dunia 2023

Bernama
Bernama
05/07/2022
20:40 MYT
KHM rangka kertas kerja mohon imbuhan persiapan ke Piala Dunia 2023
Datuk Seri Subahan Kamal berkata kertas kerja itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan menerusi Kementerian Belia dan Sukan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sedang merangka kertas kerja memohon imbuhan buat skuad hoki lelaki bagi membuat persiapan ke Piala Dunia 2023 di India pada 13 hingga 29 Jan tahun depan.
Presidennya Datuk Seri Subahan Kamal berkata dana tersebut diperlukan antaranya untuk mengambil jurulatih fizikal yang berkepakaran tinggi sebagai langkah meningkatkan lagi prestasi skuad bimbingan A. Arul Selvaraj itu sebelum beraksi di kejohanan berprestif tersebut.
Beliau berkata kertas kerja itu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kementerian Kewangan menerusi Kementerian Belia dan Sukan.
"Ini bukan imbuhan nak beri wang ringgit kepada pemain, tapi ia dana tambahan yang diguna pakai KHM untuk pasukan kebangsaan supaya dapat beri saingan yang hebat.
"Beberapa bulan ini sangat penting dan kritikal buat mereka dan kami perlukan sokongan daripada kerajaan," katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Menurut Subahan, Arul dan pengurus pasukan Datuk Mirnawan Nawawi telah membuat beberapa permintaan termasuk skuad kebangsaan memerlukan jurulatih fizikal sebagai contoh pasukan India yang mengambil pakar dari luar negara.
Beliau turut berharap usaha itu dapat meningkatkan lagi kedudukan skuad Malaysian Tigers, yang kini menduduki tempat ke-10 dunia, untuk berada di ranking yang lebih tinggi selepas beraksi di kejohanan tersebut.
Sementara itu, Subahan berkata KHM dengan kerjasama Kelab Diraja Selangor (RSC) bakal menganjurkan Kejohanan Hoki Antarabangsa Veteran 9-sebelah 2022 di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara bermula 18 hingga 20 Nov ini.
Beliau berkata sempena kejuaraan itu, kejohanan melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah akan turut diadakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KHM
#Piala Dunia
#hoki
#Subahan Kamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan