Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menyambut baik pengumuman Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang menambah kuota kelayakan automatik ke Piala Dunia 2022/23 menerusi kejohanan-kejohanan benua.
Timbalan Presiden KHM, Prof Datuk Dr S. Shamala berkata FIH telah mengambil langkah yang cukup baik dengan mempertimbangkan implikasi pandemik COVID-19 kepada semua negara kerana proses kelayakan itu penting untuk menjamin tiket ke Piala Dunia.
Beliau berkata keputusan itu bakal menyaksikan Kejohanan Piala Asia, yang dijangka berlangsung pada 2021, tidak hanya menjadi perlawanan bagi merebut piala itu tetapi ia turut menjadi medan bagi pasukan-pasukan di Asia merebut tempat lebih awal ke Piala Dunia.
"Pengumuman itu adalah sesuatu yang cukup baik kerana kami perlu mengambil kira sekiranya terdapat cabang lain yang dibuka oleh FIH untuk kelayakan, persiapan pasukan untuk berdepan dengan pelbagai pasukan adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan.
"Apabila penambahan slot diumumkan, kini kami boleh merangka persiapan dengan terperinci bagi menghadapi pasukan-pasukan dari Asia berbanding dengan kami tidak mengetahui pasukan mana yang perlu ditentang.
"Memandangkan impak COVID-19 turut memberikan kesan kepada keupayaan pasukan untuk menjelajah ke negara lain bagi melakukan persiapan, kini kami boleh memberikan fokus untuk berhadapan dengan pasukan-pasukan dari Asia dan ia merupakan sesuatu yang cukup baik," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
FIH semalam mengumumkan bahawa pasukan di benua Asia menerima tiga slot untuk Piala Dunia lelaki 2023, termasuk slot bagi tuan rumah India, manakala dua slot diperuntukkan bagi kategori wanita pada 2022, yang akan diadakan di Sepanyol dan Belanda.
Sebelum ini, hanya enam slot masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita (lima juara benua dan satu tuan rumah) diberikan laluan automatik untuk beraksi di Piala Dunia, manakala baki slot perlu direbut menerusi Liga Hoki Dunia.
Namun, pandemik COVID-19 dan penangguhan Olimpik Tokyo kepada Julai 2021, menyaksikan FIH mengumumkan format kelayakan baharu, iaitu lima juara kejohanan benua 2021 bersama lima lagi negara yang berada di kedudukan teratas kejohanan itu, layak untuk mendapat slot automatik bersama tuan rumah bagi Piala Dunia 2022/2023.
Baki lima slot untuk melengkapkan 16 pasukan yang akan beraksi di pentas Piala Dunia 2022/2023 akan ditentukan menerusi aksi kelayakan yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2022.
Pada Piala Dunia lelaki 2018 di India, Malaysia tersingkir seawal pusingan kumpulan selepas tewas dalam dua perlawanan dan seri sekali, manakala skuad wanita tidak pernah beraksi di pentas tertinggi sejak Piala Dunia Wanita diperkenalkan pada 1974.
Berikut adalah peruntukan slot mengikut benua:
Kategori Wanita:
Afrika - 1 slot (Juara Kejohanan Kontinental 2021)
Asia - 2 slot
Eropah - 4 slot (Termasuk tuan rumah bagi Piala Dunia Wanita 2022 iaitu Belanda dan Sepanyol)
Oceania - 2 slot
Pan Amerika - 2 slot
Kategori Lelaki:
Afrika - 1 slot (Juara Kejohanan Kontinental 2021)
Asia - 3 slot (Termasuk tuan rumah bagi Piala Dunia Lelaki 2023 iaitu India)
Eropah - 4 slot
Oceania - 2 slot
Pan Amerika - 1 slot (Juara Kejohanan Kontinental 2021)
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 03 2020
FIH telah mengambil langkah yang cukup baik dengan mempertimbangkan implikasi pandemik COVID-19 kepada semua negara. - Bernama
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.