YANGON: Skuad Harimau Malaya menerima tamparan awal apabila tonggak pemain pertahanannya Ahmad Khuzaimi Piee dilihat menggunakan tongkat selepas aksi pembukaan Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Myanmar dan Malaysia di sini, malam tadi.
Ahmad Khuzaimi yang baru diumumkan menyertai Selangor FC bagi saingan musim depan, terpaksa dibawa keluar menggunakan 'buggy' pada penghujung separuh masa pertama aksi di Stadium Thuwunna itu dan menggunakan tongkat ketiak ketika menaiki bas pasukan selepas tamat perlawanan.
Bagaimanapun, Ketua Jurulatih negara Kim Pan Gon belum dapat mengesahkan tahap keseriusan kecederaan dialami pemain berusia 29 tahun itu dan masih menunggu laporan daripada pasukan perubatan untuk mengambil langkah susulan.
"Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pasukan perubatan kami (malam tadi) atau pagi esok (hari ini) untuk meneliti situasi berdasarkan laporan dan kami akan putuskan. Kami mahu melindungi pemain kami jika ada kecederaan serius tetapi berharap ia hanyalah kecederaan ringan," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.
Pada pertembungan malam tadi, Malaysia meraih tiga mata penting selepas berjaya mengatasi Myanmar 1-0 dengan pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim meledak gol kemenangan pasukan negara pada minit ke-52.
Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata, namun sepakan penalti yang diambil penyerang gantian Myat Kaung Khant pada penghujung aksi berjaya ditepis penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Sementara itu, pemain pertahanan negara Sharul Nazeem Zulpakar berkata kehilangan Khuzaimi Piee sedikit merencatkan percaturan pasukan memandangkan beliau ialah pilihan utama di posisi tersebut.
"Saya rasa ketiadaan Khuzaimi terasa sikit kecacatan tetapi kita mempunyai pengganti, Fazly Mazlan (Muhammad Fazly Mazlan), jadi saya rasa beliau kena ambil kesempatan untuk perlawanan seterusnya," kata tonggak benteng pertahanan Selangor FC berusia 23 tahun itu.
Sebagai rekod, Ahmad Khuzaimi merupakan pemain penting di bahagian pertahanan Malaysia dan sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Pan Gon sejak mula dipanggil menyertai pasukan pada Mac lepas.
Beliau berada dalam pasukan negara yang mencipta sejarah layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun pada Jun lepas sebelum mula mendapat kepercayaan dalam kesebelasan utama pada kejohanan Piala Raja Thai berlangsung September lalu, menyaksikan Malaysia muncul naib juara.
Ahmad Khuzaimi turut beraksi cemerlang membantu pasukan negara mencatat dua kemenangan tanpa bolos dalam dua aksi antarabangsa Tier 1 masing-masing menentang Kemboja dan Maldives dalam persiapan menghadapi Piala AFF 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022

Ahmad Khuzaimi yang baru diumumkan menyertai Selangor FC bagi saingan musim depan, terpaksa dibawa keluar menggunakan 'buggy' pada penghujung separuh masa pertama aksi di Stadium Thuwunna. - Foto BERNAMA

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Khuzaimi Piee bertongkat, status masih samar
Skuad Harimau Malaya menerima tamparan awal apabila tonggak pemain pertahanannya Ahmad Khuzaimi Piee dilihat menggunakan tongkat selepas aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 .

Tidak mustahil Malaysia ke Piala Dunia empat tahun lagi
Peluang Malaysia layak ke Piala Dunia semakin terbuka selepas rantau Asia diberi sehingga sembilan slot pada penganjuran Piala Dunia 2026.

Pertahanan Negeri Sembilan, Ahmad Khuzaimi sertai Harimau Malaya
Ahmad Khuzaimi menggantikan pemain Johor Darul Tazim FC, Syahmi Safari, yang diberi pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.