awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka

Bernama
Bernama
09/09/2024
15:39 MYT
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Di sebalik kemenangan mendebarkan pasukan bola sepak negara pada Pestabola Merdeka 2024 malam tadi, Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
Bekas jurulatih Harimau Malaya itu berkata keadaan padang pada aksi final malam tadi boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pemain dan mengurangkan kualiti keseluruhan permainan.
"Tahniah kepada pasukan kebangsaan kita @FAM_Malaysia kerana memenangi Pestabola Merdeka. Bagaimanapun, semasa meraikan kejayaan ini, penting untuk mengatasi situasi padang Stadium Nasional. Ia agak membimbangkan dan tidak menggambarkan piawaian yang sesuai dengan pasukan dan acara yang begitu hebat.
"Keadaan padang yang buruk bukan sahaja menjejaskan keselamatan pemain, tetapi menjejaskan kualiti keseluruhan permainan. Kami berharap pada masa hadapan, langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil untuk memastikan padang itu dikekalkan pada standard tertinggi," katanya yang disiarkannya di platform X hari ini.
Kim Swee berkata pemain Malaysia berhak mendapat persekitaran yang lebih baik untuk mempamerkan kehebatan mereka dan bermain dengan selamat.
Pada perlawanan akhir malam tadi, Malaysia melakar kemenangan 1-0 ke atas Lubnan untuk menjuarai Pestabola Merdeka 2024 hasil jaringan tunggal Romel Morales.
Semasa perlawanan, pemain pertahanan Sabah Dominic Tan terpaksa dikeluarkan pada awal separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan, didakwa disebabkan keadaan padang yang teruk.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Pestabola Merdeka
#bola sepak
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan