awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

King Kazu cipta sensasi lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2023
09:26 MYT
King Kazu cipta sensasi lagi
Miura, yang dalam musim ke-38 bola sepak profesionalnya, telah bermain untuk beberapa kelab di seluruh dunia termasuk Palmeiras, Genoa, Dinamo Zagreb dan Vissel Kobe. - Agensi/Sinar Harian
BEKAS penyerang Jepun, Kazuyoshi Miura sekali lagi mencipta sensasi dalam kariernya pada Sabtu, apabila melakukan penampilan sulungnya untuk kelab Divisyen Dua Portugal, Oliveirense pada usia 56 tahun.
Miura, yang menyertai Oliveirense secara pinjaman dari kelab Liga Jepun, Yokohama FC awal tahun ini, masuk pada minit ke-90 ketika Unionists menang 4-1 ke atas Academico de Viseu di Estádio do Fontelo.
Menurut laporan di laman web liga Portugal, penampilan Miura menjadikannya pemain bola sepak tertua beraksi dalam liga Portugis, dengan 56 tahun, satu bulan dan 24 hari.
Miura, yang dalam musim ke-38 bola sepak profesionalnya, telah bermain untuk beberapa kelab di seluruh dunia termasuk Palmeiras, Genoa, Dinamo Zagreb dan Vissel Kobe.
Portugal negara keenam Miura, yang digelar King Kazu, selepas memulakan kerjaya bola sepak bersama Santos, Brazil pada 1986.
Sebagai rekod, dia bermain 89 kali untuk Jepun, memenangi Piala Asia pada 1992, dan merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang masa dengan 55 gol.
Perlawanan antarabangsa terakhir Miura adalah pada 2000. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kazuyoshi Miura
#bola sepak
#King Kazu
#Oliveirense
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan