PENYERANG Jepun, Kazuyoshi Miura berkemungkinan pemain bola sepak profesional tertua di dunia pada ketika ini.
Pada usia 56 tahun Miura masih belum memberi bayangan bersedia untuk menggantungkan but apabila peledak lebih dikenali sebagai King Kazu, melanjutkan pinjamannya dengan kelab Divisyen Dua Portugal, Oliveirense.
Bekas pemain Jepun, Miura, yang memperoleh hampir 90 caps antara 1990-2000 dengan menjaringkan 55 gol, menyertai Oliveirense pada Januari secara pinjaman daripada pasukan promosi Jepun Liga J1, Yokohama.
"Miura Kazu meneruskan khidmat dan bakti bersama kelab UD Oliveirense," kata jurucakap kelab itu di laman sosialnya pada Selasa, tanpa menyatakan tempoh kontrak baharu.
Bagaimanapun menurut media tempatan, kontrak Kazu bersama Unionistas kendalian Fabio Pereira disambung setahun.
Terdahulu pada November, pemilik Yokohama yang juga operator restoran Onodera Group, menjadi pemegang saham majoriti Oliveirense.
Miura, dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak Jepun yang hebat, memulakan kerjaya profesionalnya di Brazil pada 1980-an, apabila mendapat panggilan bermain untuk Santos, Palmeiras dan Coritiba.
Dia kemudiannya menyertai kelab Divisyen Dua, Yokohama pada 2005 daripada kelab divisyen teratas Jepun, Vissel Kobe.
Miura juga secara ringkas mewakili pasukan futsal Jepun pada 2012 dan dipanggil untuk Piala Dunia Futsal 2012 pada usia 45 tahun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 12 2023
Miura masih belum memberi bayangan bersedia untuk menggantungkan but apabila dia melanjutkan pinjamannya dengan kelab Divisyen Dua Portugal, Oliveirense. - Foto Twitter/GOAL
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pemain bola sepak profesional 57 tahun kembali ke Suzuka selepas beraksi di Portugal
Ikon bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura telah menyertai semula Atletico Suzuka untuk pinjaman kedua daripada kelab J2, Yokohama FC, umum kelab divisyen keempat itu pada Selasa.
King Kazu tenang sepak bola pada usia 56 tahun
Pada usia 56 tahun Miura masih belum memberi bayangan bersedia untuk menggantungkan but.
King Kazu cipta sensasi lagi
Penampilan Miura menjadikannya pemain bola sepak tertua beraksi dalam liga Portugis, dengan 56 tahun, satu bulan dan 24 hari.
Pemain bola sepak profesional tertua Kazuyoshi Miura sertai kelab di Portugal pada usia 55 tahun
Pemain bola sepak tertua dunia, Kazuyoshi Miura, berpindah ke kelab bola sepak Portugal, Oliveirense pada Rabu, beberapa minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-56.
Pemain Liga J perbaharui kontrak pada usia 52 tahun
Kazuyoshi Miura teruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional bersama Yokohama FC pada usia 52 tahun.