awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kita akur, Sarawak hanya venue sahaja - Abang Johari

Rohana Wahed
Rohana Wahed
27/01/2019
21:46 MYT
Kita akur, Sarawak hanya venue sahaja - Abang Johari
ABANG JOHARI: Kita akur dengan keputusan Kerajaan Persekutuan. - Gambar fail
Kerajaan Sarawak akur dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) untuk membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung mulai 29 Julai hingga 4 Ogos ini di sini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata, kejohanan tersebut dianjurkan di peringkat antarabangsa sementara Malaysia dipilih sebagai tuan rumah.
Bagaimanapun, Malaysia mengambil pendirian untuk tidak membenarkan atlet-atlet daripada Israel untuk memasuki negara ini dan menyertai kejohanan tersebut.
"Malaysia mempunyai pendirian tentang penglibatan Israel. Sarawak hanya venue sahaja. Jadi, kita akur dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
"Kerana, ia membabitkan negara. Kita jadi venue sahaja," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Experience Sarawak yang diadakan di Kopi O Korner pada Ahad.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri.
BACA: Tiada kompromi, Malaysia tetap halang kemasukan atlet Israel
Abang Johari berkata demikian mengulas mengenai pembatalan hak tersebut yang diumumkan dalam mesyuarat di London oleh Presiden IPC Andrew Parsons.
Parsons berkata Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengulangi pendirian Malaysia untuk tetap tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan di Kuching itu.
Katanya, kerajaan berdiri teguh dengan keputusannya atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan terhadap nasib rakyat Palestin.
Sebelum ini, mengulas isu sama, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tetap tegas dengan pendiriannya terhadap pendekatan yang diambil ke atas Israel.
"Atlet itu datang dari negara yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa. Mereka buat apa sahaja yang mereka suka," katanya sambil menegaskan setiap negara berhak membenarkan atau menghalang sesiapa pun memasuki wilayahnya.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Openg
#batal
#hak penganjuran
#Israel
#Kejohanan Renang Para Dunia
#Kuching
#London
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Palestin
#Sarawak
#sukan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan