awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah

Zef Othman
Zef Othman
08/08/2015
14:00 MYT
KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah
Fairuz (kiri) berbincang bersama Jurutera Pasukannya Luca Mondello ketika meninjau keadaan jenteranya pada Khamis. - fotoBERNAMA
Pemandu negara yang mewakili pasukan OD Racing, Fairuz Fauzy kemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam perlumbaan KL City Grand Prix esok selepas terbabit dalam kemalangan di selekoh 12 hari ini.
Menurut Fairuz, sukar untuk pasukannya memperbaiki jentera lumbanya kerana tidak mempunyai alat ganti yang diperlukan.
"Saya kecewa bila hampir pasti tidak dapat beraksi di hadapan penonton Malaysia dan laman sendiri. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami kesan lebam di dada, lutut serta buku lali," katanya kepada media.
Fairuz yang mewakili pasukan OD Racing berdepan dengan masalah kotak gear di selekoh 12 sebelum melanggar tembok penghadang pada sesi kelayakan petang tadi.
Beliau yang menggunakan jentera Lamborghini Gallardo FL2 beraksi dalam kelas GT3 dan menduduki tempat keenam dalam sesi kelayakan keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Fairuz Fauzy
#KL City Grand Prix
#OD Racing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan