JURULATIH Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa dia dan pemain Liverpool sudah bersedia untuk mengubah prestasi buruk mereka sambil berkeras menafikan bahawa dia sudah bersedia untuk meninggalkan Anfield.
Kekalahan 1-3 kepada Leicester City, selepas Mohamed Salah meletakkan The Reds di depan dalam babak kedua, hujung minggu lalu menyebabkan Klopp mengakui pasukan juara bertahan kendaliannya itu sudah tidak mampu untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.
Dalam perlawanan terdahulu, Liverpool tewas 1-4 di laman sendiri kepada City, yang kini mendahulu mereka dengan kelebihan 13 mata dan satu perlawanan dalam tangan.
Tumpuan mereka kini teralih kepada saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), di mana Liverpool kelihatan mahu meneruskan rekod menarik mereka dalam saingan utama Eropah itu apabila berdepan pasukan yang layak ke separuh akhir musim lalu, RB Leipzig.
Khabar angin semakin bertiup kencang selepas kekalahan kepada Leicester dengan terdapat spekulasi bahawa Klopp mungkin akan mengundurkan diri daripada bilik persalinan pasukannya.
Pengendali berusia 53 tahun itu turut berdepan masalah peribadi di mana ibunya, Elisabeth, meninggal dunia minggu lalu dan larangan ke luar negara disebabkan pendemik koronavirus telah menghalangnya daripada menghadiri upacara pengebumian itu.
Walaupun tidak dapat menghadiri perlawanan, sekumpulan penyokong Liverpool memberikan sokongan buat Klopp dengan menggantungkan sepanduk di luar Anfield -- satu tindakan yang dihargai Klopp tetapi berasakan ia tidak perlu.
"Sepanduk itu cantik tetapi saya tidak fikir ia perlu. Saya tidak rasa saya perlukan sokongan istimewa buat masa ini (tetapi) ia cantik, amat cantik," katanya menjelang perlawanan menentang Leipzig yang dipindahkan ke Budapest awal pagi esok.
"Apakah mengenai perkara lain? Bahawa saya akan dipecat atau mengundurkan diri atau sesuatu seperti itu? Tidak bagi kesemuanya. Saya tidak perlukan waktu rehat.
"Perkara terakhir yang mahu saya lakukan adalah bercakap mengenai perkara peribadi dalam sidang media. Semua orang tahu secara peribadi bahawa kami (keluarga Klopp) sedang menghadapi waktu yang sukar. Ia bukan sekadar tiga minggu ini, ia sudah lebih lama daripada itu.
"Kami sentiasa melaluinya 100 peratus sebagai satu keluarga.
"Apabila saya datang ke kelab bola sepak ini untuk bekerja, saya boleh membahagikan setiap perkara. Saya boleh berubah-ubah. Saya tidak terbawa-bawa dengan sesuatu perkara. Jika ia peribadi, ia peribadi. Jika saya di tempat kerja, saya berada di sini. Tiada siapa perlu risau mengenai saya.
"Saya mungkin tidak kelihatan seperti ini kerana cuaca tidak sejuk dan jambang saya semakin memutih, saya tidak banyak tidur. Itu semua benar tetapi saya penuh bertenaga.
"Situasinya kini amat mencabar. Saya tidak mahu situasi ini tetapi kami kini sedang berada di dalamnya, saya melihatnya sebagai cabaran yang menarik," katanya.
Astro Arena
Tue Feb 16 2021

Pengendali berusia 53 tahun itu turut berdepan masalah peribadi di mana ibunya, Elisabeth, meninggal dunia minggu lalu. - Gambar fail/AFP Relax

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

COVID-19 | PKPD di 4 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKPD itu membabitkan dua kawasan di Sabah dan masing-masing satu kawasan di Kelantan dan Pahang.

Kematian | Kanak-kanak maut lemas jatuh bendang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau. Ketua Polis Daerah Arau SUPT Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang Jumaat.

UCL: Kami tidak tewas di Anfield, kata Klopp
Liverpool memerlukan sekurang-kurangnya dua gol untuk mengembalikan kedudukan, tetapi tidak dapat mencari jalan sendiri di tempat sendiri.

Real Madrid buka pekung pertahanan Liverpool
Vinicius Junior meledak kedua-dua gol dalam setiap separuh masa sebelum Marco Asensio mengesahkan bekalan 3-1 jaguh LaLiga itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 4 April 2021.

Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates.

EPL: Liverpool kembali cabar kedudukan liga
Liverpool menang bergaya ke atas Arsenal 3-0 di tempat lawan.

Tewaskan Wolves, peluang Liverpool berada dalam kelompok empat teratas kembali cerah
Gol tunggal permainan dijaringkan Diogo Jota yang kembali beraksi yang lama berehat akibat kecederaan di bahagian lutut, sekali gus membantutkan permulaan cemerlangnya di Anfield.

UCL: Salah, Mane bawa Liverpool ke suku akhir
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berkunjung ke Arena Puskas selepas melewati kekalahan keenam berturut-turut di laman sendiri dalam EPL di tangan Fulham.

Jurgen Klopp nafi akan kemudi Jerman
Jurgen Klopp menafikan dakwaan bahawa dia akan menggantikan Joachim Low selaku ketua jurulatih Jerman.

Jurgen Klopp nafi tuduhan Harisson Reed: Liverpool mahukan kemenangan
Jurgen Klopp menafikan tuduhan Harisson Reed bahawa keinginan menjadi pemisah di antara Liverpool dan Fulham ketika The Cottagers menang 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.

Liverpool gagal pulih badi kekalahan
Rembatan Mario Lemina menjelang rehat membuktikan pelawat sememangnya berhak untuk meraih tiga mata dalam usaha mencari jalan keluar dari zon penyingkiran.