KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur United FC (KLUFC) meraih kejuaraan sulung Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Pemain berpengalaman Indra Putra Mahayuddin mengesahkan kejuaraan selepas menyempurnakan sepakan keempat tuan rumah, tatkala penjaga gol KLUFC Kevin Ray Mendoza Hensen menidakkan sepakan pemain import lawan Manuel Anton Konrad sebelum Oliver Buff gagal menyumbat gol buat tuan rumah.
Pada aksi dikenali sebagai 'derby' Lembah Klang itu, KLUFC di bawah bimbingan ketua jurulatih Bojan Hodak memiliki dua peluang keemasan pada awal permainan namun Dominique da Sylva ydalam kedudukan satu-lawan-satu gagal menewaskan penjaga gol Selangor FC Khairulazhan Mohd Khalid pada minit ke-15 dan 17.
Sementara itu, skuad Gergasi Merah yang dilihat lebih menguasai permainan dengan beberapa gerakan menarik bagaimanapun buntu apabila penjaring terbanyak Liga Super musim lepas Ifedayo Olusegun gagal menyempurnakan tandukan pada minit ke-14 dan 35.
Babak kedua perlawanan menyaksikan KLUFC menguasai bola apabila tampil lebih berdisiplin dengan melancarkan beberapa percubaan berbahaya berbanding Selangor FC yang bergelut selepas waktu rehat.
KLUFC hampir meraih kemenangan di penghujung permainan namun Indra Putra sedikit lewat untuk menampan hantaran lintang rakan sepasukan pada minit ke-89 sekali gus pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.
Pada perlawanan malalm tadi, kelibat penyerang baharu Selangor FC yang juga pemain kebangsaan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi hanya bertahan lapan minit sebelum dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021
KLUFC hampir meraih kemenangan di penghujung permainan namun Indra Putra sedikit lewat untuk menampan hantaran lintang rakan sepasukan pada minit ke-89. - Facebook @Tan Sri Annuar Musa
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
KLUFC juara sulung Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan
KLUFC menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Astro hasil dokumentari eksklusif dengan KLUFC
Astro dan Kuala Lumpur United FC (KLUFC) mengumumkan akan menyiarkan satu dokumentari baharu kisah di belakang tabir pasukan itu pada musim Liga Super Malaysia akan datang.
Safee Sali, Hadin Azman perkuat skuad KLUFC dalam saingan Liga-M 2021
Mohd Safee mengakui teruja kembali beraksi bersama KLUFC selepas sekian lama dan berazam membalas kepercayaan itu dengan memberikan segalanya demi membantu pasukan mencapai kejayaan.