awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen Ridhuan Tee tentang atlet negara sangat tidak tepat - Khairy

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
31/08/2016
10:31 MYT
Komen Ridhuan Tee tentang atlet negara sangat tidak tepat - Khairy
Sebelum ini, Ridhuan Tee dalam satu kenyataan berkata sukan sudah menjadi perniagaan, untuk mencari populariti, duit, dan bukan lagi kerana semangat patriotisme. - Gambar fail
Komen yang menyifatkan para atlet negara sebagai 'ultra kiasu' dan hanya mengejar populariti adalah satu penghinaan kepada wira-wira negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata dakwaan kolumnis, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini sangat tidak tepat dan adalah lebih baik untuk dia tidak memberi sebarang kenyataan mengenai sukan.
"Saya menganggap ini satu penghinaan kepada atlet kita, saya anggap pendapat beliau sangat tidak tepat dan saya rasa sangat kecewa dan marah bila saya baca kenyataan tersebut.
"Saya mengenali atlet kita, mungkin Ridhuan Tee tidak pernah jumpa atlet kita. Tetapi saya kenali atlet kita dan mereka tidak kira bangsa, tidak kira latar belakang, semua berjuang demi negara.
"Untuk membuat andaian sebaliknya adalah satu perkara yang sangat menghina dan tidak bertanggung jawab, dan lebih baik dia (Ridhuan Tee) jangan komen pasal sukan sebab nampak sangat dia tak tahu tentang sukan," kata Khairy
Sebelum ini, Ridhuan Tee dalam satu kenyataan berkata sukan sudah menjadi perniagaan, untuk mencari populariti, duit, dan bukan lagi kerana semangat patriotisme.
Ridhuan Tee turut mempersoalkan tumpuan tinggi yang diberi kepada pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei berbanding atlet lain yang juga meraih kemenangan besar di Olimpik 2016.
Topic Berkaitan
#atlet negara
#Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
#Khairy Jamaluddin Abu Bakar
#Menteri Belia dan Sukan
#ultra kiasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan