awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kongres Pemilihan FAM Ke-53: Yusoff Mahadi jadi pilihan pemerhati bola sepak

Astro Arena
Astro Arena
24/03/2017
06:18 MYT
Kongres Pemilihan FAM Ke-53: Yusoff Mahadi jadi pilihan pemerhati bola sepak
Yusoff menjadi calon pilihan untuk memenangi jawatan timbalan presiden berdasarkan perkembangan terkini. - Gambar fail
TUMPUAN Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ke-53, esok, bakal terarah kepada saingan tiga penjuru calon timbalan presiden setelah Tunku Ismail Sultan Ibrahim menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden badan induk itu.
Bagi pemerhati bola sepak tempatan, ketiga-tiga calon itu tetap mempunyak peluang seimbang untuk memenangi jawatan itu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menjadi calon pilihan untuk memenangi jawatan timbalan presiden berdasarkan perkembangan terkini.
Beliau antara individu penting yang membawa Tunku Ismail untuk menerajui tampuk kepimpinan FAM.
Begitupun, dengan pemilihan dilakukan oleh 39 perwakilan, dua calon lain, iaitu Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Seri Subahan Kamal tidak boleh dipandang sepi.
Ia secara tidak langsung menyaksikan perebutan sengit untuk kerusi nombor dua FAM itu.
"Saya pasti dalam bola sepak, Yusoff Mahadi cukup kaya dengan pengalaman.
"Setelah lama dalam bola sepak, dia mempunyai idea-idea yang saya berasakan boleh memberikan impak yang baik.
"Dia mempunyai kekuatan yang baik dari segi idea dan dia sesuai untuk membantu Tunku Ismail dalam bola sepak Malaysia," ujar bekas tonggak tengah negara, Nazzab Hidzan.
Nidzam Jamil yang pernah menganggotai skuad kebangsaan, turut menawarkan pandangannya dengan berkata," Saya memilih Afandi dan Yusoff Mahadi sebagai calon pilihan.
"Sebagai salah seorang penyandang (jawatan), Afandi mempunyai banyak maklumat yang boleh disampaikan.
"Begitu juga dengan Yusoff Mahadi di atas perubahan yang dilakukannya di Melaka (United).
"Dia seperti ada keserasian dengan Tunku Ismail."
Untuk rekod, Afandi akan tampil mempertahankan jawatannya tatkala Subahan kembali bertanding selepas tewas dalam persaingan dalam edisi pemilihan terdahulu.
Topic Berkaitan
#calon
#FAM
#pemilihan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Tunku Ismail
#yusoff mahadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan