awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak Rozaimi dengan Hijau Kuning tamat

Bernama
Bernama
29/08/2021
06:55 MYT
Kontrak Rozaimi dengan Hijau Kuning tamat
KDA FC dalam kenyataan di laman rasminya memaklumkan, penamatan dibuat lebih awal dan atas permohonan pemain tersebut. - Facebook Kedah Darul Aman FC
ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mencapai persetujuan menamatkan kontrak pemain penyerang, Rozaimi Abdul Rahman, 28, selepas lapan bulan bersama pasukan Hijau Kuning itu.
KDA FC dalam kenyataan di laman rasminya memaklumkan, penamatan dibuat lebih awal dan atas permohonan pemain tersebut, sebagai langkah penyelesaian akhir selepas tempoh dua bulan diberikan buat Rozaimi untuk menyelesaikan hal peribadi sebelum memutuskan haluan kerjaya bola sepaknya.
"Pihak pengurusan kelab menghormati pendirian beliau walaupun kudrat dan pengalamannya ditagih di bahagian serangan. Terima kasih dan selamat maju jaya dalam kerjaya bola sepak di masa hadapan," menurut kenyataan itu hari ini.
Rozaimi sebelum ini diikat KDA FC selama satu musim bagi mengisi jentera serangan pasukan selepas empat tahun bersama pasukan Johor Darul Ta'zim II.
Sepanjang aksinya musim ini, Rozaimi telah membuat sembilan penampilan, 264 minit aksi dan satu hantaran menghasilkan gol.
Penampilan terakhir Rozaimi adalah ketika membantu KDA FC menang ke atas Melaka United FC pada 30 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDA FC
#Kedah
#Rozaimi Abdul Rahman
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan