Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada Selasa ini untuk membincangkan kemungkinan menjadualkan semula perlawanan kelab-kelab terbaik di benua ini, dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) berikutan wabak 2019 novel coronavirus.
Perlawanan peringkat kumpulan Zon-Timur dijadualkan pada 11 dan 12 Feb ini tetapi kekangan perjalanan dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap virus maut itu boleh memaksa badan pentadbir bola sepak Asia itu mengambil beberapa langkah, antaranya menunda tarikh perlawanan.
Mesyuarat yang dijadualkan di ibu pejabat AFC di sini, akan melibatkan keseluruhan pemegang kepentingan -- persatuan-persatuan ahli, liga, kelab dan agensi komersial yang menyertai pertandingan kelab-kelab terbaik Asia itu.
"Mesyuarat itu akan membincangkan kesan kekangan perjalanan yang dilaksanakan pelbagai kerajaan berikutan penularan wabak koronavirus dan langkah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan wabak itu sebagai satu darurat kesihatan awam.
Selaku badan pentadbir bola sepak di Asia, AFC komited untuk menjaga pertandingan ini dan membuat perancangan yang wajar dan sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada penjadualan semula perlawanan di Zon Timur," kata AFC dalam satu kenyataan, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
Terdahulu, media melaporkan Persekutuan Bola Sepak Australia memaklumkan AFC bahawa jadual perlawanan peringkat kumpulan pertama di Perth dan Sydney tidak boleh dilaksanakan kerana kekangan perjalanan berikutan wabak penyakit berkenaan di negara itu.
Perth Glory FC dijadualkan menjadi tuan rumah kepada Shanghai Shenhua pada 11 Feb, sementara Sydney FC akan berhadapan Shanghai SIPG sehari kemudian.
Juara enam kali Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah wakil tunggal Malaysia di kejohanan berprestij Asia itu dan diundi bersama dalam Kumpulan G dengan wakil Jepun, Vissel Kobe; Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan dan kelab China, Guangzhou Evergrande FC.
Skuad Harimau Selatan akan memulakan sepak mula kempen ACL dengan bertemu Vissel Kobe di Stadium Misaki Park, Kobe, pada 12 Feb sementara Suwon Samsung Bluewings dijadual menjadi tuan rumah kepada Guangzhou Evergrande FC di Stadium Suwon World Cup pada hari sama.
Beberapa acara sukan, termasuk kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibatalkan dan ditunda berikutan penularan wabak itu setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 02 2020
Juara enam kali Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah wakil tunggal Malaysia di kejohanan berprestij Asia itu. - Gambar fail
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.