MELAKA: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia mempertimbang peruntukan bagi membangun dan memperkasa bidang sukan tempur termasuk wushu, silat serta karate di peringkat sekolah rendah dan menengah pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata peruntukan itu bertujuan mencungkil bakat atau pelapis baharu dalam pelbagai sukan tempur menerusi latihan dan penganjuran acara atau pertandingan di peringkat sekolah.
"Perkara ini baharu diputuskan namun sudah tentu kita akan mempertimbang peruntukan bagi sukan tempur... mungkin dalam perbelanjaan atau belanjawan KPM pada masa akan datang.
"Kita juga akan bincangkan secara lebih terperinci bagaimana untuk memastikan sukan tempur dapat dilaksanakan sebaik mungkin di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Anugerah Kejohanan Wushu KPM-Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) ke-12 di Bukit Serindit pada Ahad.
Turut hadir Setiausaha Agung WFM Yong Kheng Chien serta Penasihat Persatuan Wushu Tarian Naga dan Singa Negeri Melaka Kerk Chee Yee.
Mengulas lanjut, Lim berkata sukan tempur yang telah disenarai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pembangunan Sukan baru-baru ini akan dijadikan sebagai antara kokurikulum di sekolah.
Beliau berkata inisiatif itu akan melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah agar pelaksanaannya lebih menyeluruh serta lancar selain memastikan pencapaian cemerlang pelajar dalam sukan tersebut.
Lim juga berkata KPM akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan sesi latihan khas bagi sukan tempur di peringkat sekolah supaya pelajar mendapat pendedahan serta latihan lebih intensif.
"Sekolah juga boleh bekerjasama dengan persatuan sukan tempur seperti wushu di luar sana kerana kebanyakan persatuan mempunyai pelatih yang mahir," katanya sambil menambah penyertaan kaum lain dalam sukan itu di sekolah adalah digalakkan.
Baru-baru ini, Mesyuarat HLC Pembangunan Sukan memutuskan sukan tempur diklasifikasi sebagai aktiviti sukan berbanding aktiviti badan beruniform di sekolah bagi memastikan atlet sukan itu mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
KPM akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan sesi latihan khas bagi sukan tempur di peringkat sekolah supaya pelajar mendapat pendedahan serta latihan lebih intensif. - Gambar hiasan
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapat peruntukan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama Islam dan masjid - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Dasar Buku Negara diteliti semula - Fadhlina
Elemen penting antaranya berkaitan pembudayaan membaca, penerbitan dan pembukuan tidak pernah disemak sejak diperkenalkan 39 tahun lepas.
Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen - Fadillah
Beliau berkata perbincangan yang melibatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sepatutnya diadakan pada Selasa lepas.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
RM3.53 juta dibelanjakan untuk RTG tahun lepas - Stuart
Sejumlah RM3.53 juta telah dibelanjakan untuk enam sukan bagi pelaksanaan Program Road To Gold (RTG) sepanjang tahun lepas.
KPM lulus RM6 juta bina bangunan sementara SK Perigi Acheh
Kementerian Pendidikan luluskan peruntukan RM6 juta bagi pembinaan bangunan sementara Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh, Pasir Gudang.