KOTA KINABALU: Mengkritik pemain secara keterlaluan hanya selepas satu atau dua perlawanan adalah suatu tindakan tidak adil, dan tindakan itu tidak membantu dalam membangunkan pasukan Sabah FC, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.
Sebaliknya, beliau berkata setiap pemain The Rhinos terutama pemain import harus diberi masa secukupnya menyesuaikan diri dan memperbaiki prestasi, bagi memastikan pasukan mampu mengekalkan prestasi sehingga ke akhir musim.
Memberikan contoh katanya penyerang import Neto Pessoa dikritik hebat apabila terlepas peluang menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada perlawanan pertama Liga Super, namun mampu memperbaiki prestasinya dan menjaringkan gol dalam perlawanan (kedua) malam tadi.
"Tetapi kalau perlawanan akan datang ini, kalau Neto (Pessoa) tidak menjaringkan gol adakah beliau akan dikritik lagi? Bagi saya setiap pemain harus diberi masa, walaupun mereka pemain berkualiti sesuatu pasukan memerlukan masa untuk dibentuk.
"Saya percaya pasukan ini akan bertambah baik daripada semasa ke semasa, hanya masa menentukan, tetapi untuk mengkritik pemain hanya selepas satu atau dua perlawanan saya rasa itu tidak adil, saya rasa pemain harus diberi peluang," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Beliau ditemui selepas perlawanan Liga Super di Stadium Likas malam tadi, menyaksikan Sabah menewaskan PJ City FC 3-1, dengan Pessoa menjaringkan gol kedua pada minit ke-35 apabila menanduk masuk sepakan sudut Baddrol Bakhtiar.
Sementara itu, Ketua Jurulatih PJ City P. Maniam berkata kegagalan anak buahnya mengekang pemain Sabah dalam situasi bola mati, merupakan antara punca kekalahan malam tadi dan pasukan akan menambah baik permainan terutama daripada segi 'kawalan pemain'.
"Pemain import terutamanya mampu bermain baik dalam situasi itu dan pemain kita telah diingatkan, tetapi penjagaan pemain tiada, bagaimanapun kita tidak boleh salahkan sesiapa. Ini satu musim yang panjang, baharu dua perlawanan dan kita akan perbaiki kelemahan untuk perlawanan selepas ini," katanya.
Kedua-dua pasukan akan menghadapi saingan Piala FA selepas ini dengan Sabah akan menentang Respect FC pada Sabtu ini (12 Mac), manakala PJ City akan menentang Kelantan FC pada Ahad ini (13 Mac).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Kim Swee percaya pasukannya akan bertambah baik daripada semasa ke semasa, hanya masa menentukan. - Foto fail/Astro ARENA
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.