SELEPAS pulih daripada kecederaan metatarsal untuk beraksi di Russia, Neymar menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan sebelum Brazil tersingkir dalam suku akhir kepada Belgium, menjadi bahan kritikan utama media di atas reaksi setiap kali dia dijatuhkan.

Menganggap penyerang Paris Saint-Germain (PSG) gagal berada pada tahap terbaik, Silva percaya Neymar, bersama-sama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, harus dipandang lebih tinggi daripada biasa.

"Saya seperti sukar untuk memahami tahap kritikan yang diberikan kepada Neymar," katanya.

BACA: 'Neymar, janganlah asyik jatuh'

"Tetapi ia telah dilakukan dan agak keterlaluan. Dia masih lagi mencari sentuhan terbaik, banyak yang perlu dipelajari. Saya berasakan dia adalah seorang pemain yang bertaraf dunia.

"Jika orang lain yang melakukan perkara yang sama dalam kejohanan ini, tiada siapa yang berkata mengenainya.

"Tetapi jika Neymar, Ronaldo atau Messi yang melakukannya, mereka akan memperbesarkan isu ini."