awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRM tunda kejohanan domestik sehingga Jun 2021

Bernama
Bernama
07/09/2020
21:28 MYT
KRM tunda kejohanan domestik sehingga Jun 2021
KRM akan terus berusaha mencari dana terutama bagi mempersiapkan pasukan ragbi kebangsaan menyertai kejohanan antarabangsa. - Gambar hiasan
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menunda kesemua kejohanan tempatan sehingga Jun 2021 susulan impak pandemik COVID-19 ke atas ekonomi negara ketika ini.
Menurut KRM dalam satu kenyataan, keputusan itu terpaksa dibuat kerana KRM berdepan masalah kehilangan potensi penaja utama disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
"Badan gabungan dan ahlinya juga menyatakan perkara sama dalam usaha mereka mempersiapkan pasukan bagi menyertai sebarang kejohanan dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, KRM memaklumkan bahawa skuad 15 sepasukan (15's) dan tujuh sepasukan (7's) kebangsaan berpeluang menyertai Kejohanan Ragbi Asia (Mei hingga Jun), dan Kejohanan 7's Ragbi Asia (September), masing-masing pada tahun depan.
Menurut KRM, badan induk itu akan terus berusaha mencari dana terutama bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan menyertai kejohanan antarabangsa.
"Kebajikan pemain, pegawai dan peminat ragbi tempatan akan terus menjadi keutamaan tertinggi KRM dalam usaha untuk kembali sepenuhnya kepada program pembangunan sukan ragbi di negara ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana
#ekonomi
#kejohanan antarabangsa
#Kesatuan Ragbi Malaysia
#koronavirus
#KRM
#pandemik
#penaja
#Ragbi
#sukan
#tunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan