KOTA BHARU: Dua lagi pemain import masing-masing seorang dari Kyrgyzstan dan Brazil akan memperkuatkan pasukan Kelantan United Football Club (KUFC), bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini, kata Ketua Pegawai Operasinya Wan Mohd Zul Ikman.
Wan Mohd Zul berkata dua pemain itu ialah Ernist Batyrkanov, 25, dari Kyrgyzstan dan Yan Victor Silva Paixao, 27, dari Brazil.
"Ernist Batyrkanov akan bermain di posisi penyerang, manakala Yan Victor bermain di bahagian pertahanan tengah pasukan pada musim ini.
"Kedua-kedua pemain import ini telah menandatangani kontrak bersama pasukan selama semusim, semalam," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Sebelum ini, KUFC mengumumkan penyertaan pemain import dari Senegal, Morgaro Lima Gomis ke dalam pasukan itu, manakala dua lagi pemain import akan diumumkan dalam masa terdekat menjadikan keseluruhan lima pemain import akan membarisi Kijang Hijau, bagi mengharungi cabaran Liga Super musim ini.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Zul berkata Ernist Batyrkanov berkebolehan beraksi di posisi sayap kiri dan kanan, selain memiliki pengalaman beraksi di Liga Utama Armenia serta Kazakhstan.
"Pemain itu (Ernist Batyrkanov) menjaringkan 13 gol dan merupakan pemain kebangsaan negaranya.
"Bagi Yan Victor pula, beliau merupakan bekas pemain kebangsaan skuad B-15 dan B-17 Brazil, namun memulakan karier awalnya bersama kelab Liga Utama Portugal, Gil Vicente pada musim 2016," katanya.
Saingan Liga Super musim ini dijangka bermula 24 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Keseluruhannya, lima pemain import akan membarisi Kijang Hijau bagi mengharungi cabaran Liga Super musim ini. - Facebook Kelantan United Football Club
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
STL 2024: Dua pemain import Thailand perkuat Penang Black Panthers
Dua pemain berpengalaman dari Thailand bakal memperkuat Penang Black Panthers, bagi menghadapi saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2024.
Liga Super: Layth Kharoub dari Palestin sah sertai KDNFC
Pemain berusia 33 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bertindak sebagai penyerang.
Sabah FC ikat penyerang import baharu dari Brazil
Sabah FC memaklumkan Joao Pedro Boeira Duarte, 24, mengikat kontrak selama sembilan bulan bermula 15 Ogos lepas hingga 30 April tahun depan.
Kelantan tamatkan kontrak penyerang import Muzungu
Penamatan kontrak bekas pemain antarabangsa Congo berusia 27 tahun itu dicapai hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Park Jun Heong import terbaharu JDT
JDT mengumumkan pemain dari Korea Selatan Park Jun Heong sebagai import terbaharu kelab itu.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan
Empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim dan Ahoe Koo, kedua-duanya pemain pertahanan, Bae Kyeong Hwan (penyerang) dan Jung Byung Ju (tengah).
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.