awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Castellanos jaring empat gol pastikan Girona aibkan Real Madrid

Astro Arena
Astro Arena
26/04/2023
01:30 MYT
LaLiga: Castellanos jaring empat gol pastikan Girona aibkan Real Madrid
Pemain Girona Taty Castellanos (tengah) meraikan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan menentang Real Madrid di Stadium Montilivi, Sepanyol. - Foto AP
GIRONA 4 REAL MADRID 2
Taty Castellanos mejadi pemain pertama sepanjang abad ini menjaringkan empat gol ke atas Real Madrid dalam saingan LaLiga apabila melakukannya ketika membantu Girona menewaskan Los Blancos 4-2 awal pagi tadi.
Kekalahan Madrid itu juga menyaksikan Barcelona kian hampir untuk bergelar juara LaLiga musim ini.
Madrid turun ke Estadi Municipal de Montilivi dengan ketinggalan 11 mata di belakang Barca berbaki lapan perlawanan musim ini dan kekalahan terbaru itu menyaksikan jurang berkenaan semakin melebar.
Castellanos menjaringkan dua gol dalam tempoh 24 minit pertama untuk meletakkan Girona selesa di depan dan walaupun Vinicius Junior merapatkan jurang itu selepas setengah jam aksi, Madrid jelas bergelut untuk mendapatkan jaringan penyamaan tanpa kelibat penyerang utama, Karim Benzema, yang masih cedera.
Girona kembali mempamerkan aksi terbaik mereka dalam babak kedua untuk Castellanos menjaringkan hatriknya hanya seminit selepas perlawanan bersambung.
Dia kemudian menjaringkan satu lagi gol dengan menanduk masuk jaringan keempat peribadinya pada minit ke-64, sekali gus menyaksikan gol Lucas Vazquez buat Madrid pada minit ke-85 sudah tidak lagi bermakna. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#LaLiga
#Real Madrid
#Girona
#Taty Castellanos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan