awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Raphinha bintangi aksi Barcelona belasah Real Betis

Astro Arena
Astro Arena
30/04/2023
02:40 MYT
LaLiga: Raphinha bintangi aksi Barcelona belasah Real Betis
Pemain Barcelona Raphinha ketika menjaringkan gol ketiga pasukannya. - Foto REUTERS
BARCELONA 4 REAL BETIS 0
Raphinha menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan untuk Barcelona kembali berkelebihan 11 mata di persada LaLiga dengan menewaskan 10 pemain Real Betis 4-0 awal pagi tadi.
Real Madrid merapatkan jurang itu kepada lapan mata susulan kemenangan 4-2 ke atas Almeria sebelum sepak mula di Camp Nou tetapi Barca memastikan keadaan itu tidak bertahan lama menerusi kemenangan bergaya mereka.
Gol tandukan awal Andreas Christensen selepas menerima bola daripada lintangan gemilang Raphinha meletakkan Blaugrana di depan pada minit ke-14 sebelum Robert Lewandowski menyambut masuk gol kedua Barca pada minit ke-36, tiga minit selepas pemain gantian Betis, Edgar Gonzalez, dilayangkan kad kuning kedua.
Raphinha kemudian mencatatkan namanya sebagai penjaring gol ketiga Barca sebaik menerima lorongan Sergio Busquet pada minit ke-39, di mana jaringan itu disahkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) biarpun pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid.
Aksi dominan Barca itu ditamatkan dengan satu lagi gol yang disumbangkan jaringan sendiri Guido Rodriguez pada minit ke-82.
Barca - yang turut memperkenalkan pemain muda berusia 15 tahun, Lamine Yamal, dalam pertemuan kali ini - seterusnya akan menantikan kunjungan Osasuna awal pagi Rabu ini manakala Betis pula akan bertandang ke laman Athletic Bilbao dua hari kemudian. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#LaLiga
#barcelona
#Real Betis
#Raphinha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan