awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi siap sedia anjur Kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman 70.3

Bernama
Bernama
14/03/2017
00:28 MYT
Langkawi siap sedia anjur Kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman 70.3
Pengarah Urusan Ironman Asia juga menyambut baik pengenalan [email protected] Langkawi di pulau liburan tropika itu. - Foto: Ironman.com
Langkawi kini siap sedia menjadi tuan rumah kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman 70.3km Langkawi 2017 yang berlangsung serentak pada 11 November.
Pengarah Urusan Ironman Asia, Geoff Meyer dalam kenyataan pada Isnin berkata mereka begitu teruja dapat terus menganjurkan Ironman Malaysia, dan menyambut baik pengenalan Ironman 70.3 Langkawi di pulau liburan tropika itu.
"Kami telah menerima sokongan padu daripada peserta dan masyarakat tempatan, apa lagi dengan pengenalan acara Ironman 70.3 Langkawi," katanya.
Berkongsi pandangan sama ialah Pengurus Besar Major Events Malaysia (MyCEB), Tony Nagamaiah yang menyatakan teruja apabila Langkawi terus menjadi tuan rumah Kejohanan Ironman Malaysia.
MyCEB adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Ironman 70.3 Langkawi melibatkan tiga disiplin iaitu renang 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21km, sementara Ironman Malaysia menampilkan kategori renang 3.8km, berbasikal 180km dan berlari 42.2km.
Tiga puluh atlet triathlon yang bersaing dalam Ironman 70.3 Langkawi akan meraih slot kelayakan untuk Kejohanan Ironman 70.3 Dunia 2018 di Nelson Mandela Bay, Afrika Selatan.
Berikutan pengenalan Ironman 70.3 Langkawi, Ironman 70.3 Putrajaya dihentikan tahun ini.
Ironman Malaysia 2017 yang menawarkan jumlah hadiah AS$25,000 (RM111,165) menyediakan 40 slot kelayakan kumpulan umur bagi Kejohanan Ironman Dunia 2018 di Hawaii, Amerika Syarikat.
Kedua-dua kejohanan itu merupakan sebahagian daripada Siri Kelayakan TriClub Asia 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#acara sukan
#Ironman
#Langkawi
#pelancongan
#penganjuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan