IPOH: Atlet Perak berpotensi untuk dijadikan duta khas produk atau mana-mana syarikat usahawan sebagai peluang untuk menambah pendapatan selain menampung kos sara hidup mereka, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), diberitahu.
Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) berkata bagi mencapai peringkat tersebut, golongan atlet tersebut memerlukan jaringan kerjasama melibatkan kerajaan negeri, Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) dalam pembangunan atlet di peringkat awal sebelum bergelar profesional.
"Hasil kerjasama khas ini membolehkan mereka mendapat tajaan agar tidak bersara awal atau boleh digunakan sebagai simpanan. Rata-rata selepas (atlet) habis bermain, mereka akan hilang arah dalam meneruskan. Jika melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi, mereka akan mempunyai peluang dan platform untuk meneruskan bakat dan kebolehan yang dimiliki.
"Ramai yang telah melakarkan kejayaan yang cemerlang seperti atlet Muay Thai negeri, Mohammad Rifdean Masdor yang telah menyumbang emas di Sukan SEA 2019 seawal umur 17 tahun sebelum bergelar Juara Remaja Dunia dan terkini memperolehi pingat emas untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 pada usia 20 tahun. Atlet sebegini perlu diberi perhatian," katanya.
Berucap sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023, pada Selasa, Zainol Fadzi berkata kebajikan para atlet ini perlu diberi perhatian kerana telah mewakili negeri selain tawaran sumbangan pendidikan yang akan menaikkan semangat kepada rakan atlet yang lain.
Sementara itu, Wong May Ing (DAP-Pantai Remis), dalam perbahasannya, pula mahukan kerajaan negeri serius dalam segmen penjagaan warga emas dari segi ekosistem penjagaan di samping menggalakkan pelabur menceburi sektor penyediaan perkhidmatan penjagaan warga emas.
"Perkara ini boleh dilakukan dengan mengaktifkan semula hab penjagaan dan kemudahan warga emas seperti Projek Pembangunan Korridor Persaraan terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan," katanya.
Persidangan bersambung Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022
Zainol Fadzi berkata, golongan atlet tersebut memerlukan jaringan kerjasama melibatkan kerajaan negeri, MSN bersama STEP dalam pembangunan atlet di peringkat awal sebelum bergelar profesional. - Foto fail
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Tiga atlet raih pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou terima PJK
Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Shereen Samson Vallabouy dan Muhd Shafiq Puteh dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Insentif RM480,000 kepada atlet Perak di Sukma XX MSN, Para ASEAN
Ia susulan kejayaan para atlet menerusi 21 kategori sukan dalam mengharumkan nama Perak di Sukma XX MSN pada September lalu.