awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy

Bernama
Bernama
08/03/2017
22:20 MYT
Layak ke Piala Dunia antara aspirasi TN50 - Khairy
Datuk Seri Dr. Zambry dan Khairy Jamaluddin dalam majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Negeri Perak di Dewan Seri Iskandar UiTM Perak, Rabu malam. - Bernama
Pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia antara aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Selain itu, Khairy juga mahu universiti di Malaysia seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) mampu berada sebaris dengan universiti ternama di peringkat antarabangsa seperti Universiti Oxford.
"Saya juga nak lihat ketika itu (2050) ada seorang saintis menang Anugerah Nobel, lukisan seniman-seniman kita berada di muzium tersohor di dunia," katanya ketika sesi dialog TN50 di UiTM Seri Iskandar di sini malam semalam.
Program itu turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Menjelas lanjut, Khairy berkata sebarang aspirasi khususnya oleh golongan muda hanya akan tercapai sekiranya rakyat dan pemimpin menerapkan semangat kebersamaan.
"Kalau dari pimpinan ke rakyat (tidak bersama-sama) ia tidak akan menjadi aspirasi bersama, perlu kejar (aspirasi bersama) untuk perkara itu menjadi kenyataan," katanya.
Beliau turut menarik perhatian apabila berkata walaupun negara sudah mencapai pelbagai kemajuan termasuk teknologi, namun belia perlu mengekalkan jati diri dan identiti yang jelas.
"TN50 bertujuan melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan dalaman yang ditunjangi nilai sivik, agama dan penguasaan ilmu walaupun negara mencapai kemajuan yang tinggi.
TN50 dirangka berdasarkan aspirasi golongan belia hari ini untuk membentuk masyarakat Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya Khairy berkata beliau berpuas hati dengan aspirasi yang dilontarkan oleh para belia seluruh negara termasuk di Perak.
"Sepanjang jelajah dialog ini banyak aspirasi dan kita akan kumpulkan dan dinilai oleh pakar," katanya sambil menambah jelajah dialog TN50 seterusnya akan berlangsung di Sarawak.
TN50, yang merupakan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Piala Dunia
#rakyat
#TN50
#UiTM
#xxx
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan