awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lazio hilang arah setelah Immobile dibuang padang

Astro Arena
Astro Arena
12/12/2017
02:27 MYT
Lazio hilang arah setelah Immobile dibuang padang
Tidak lama selepas dinafikan sepakan penalti, percubaan Immobile terkena tiang, sebelum dilayangkan kad merah oleh pengadil, Piero Giacomelli, akibat menanduk Nicolas Burdisso. - Foto Astro Arena
LAZIO 1 TORINO 3
LAZIO gagal memanfaatkan peluang untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas selepas tewas 3-1 di tangan Torino dalam Serie A di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.
Skuad Simone Inzaghi turun beraksi dengan ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan, dengan mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.
Prestasi mereka kelihatan sangat baik pada separuh masa pertama tetapi ia merudum sejurus selepas Ciro Immobile dihalau keluar padang dan memberikan dorongan kepada Torino.
Tidak lama selepas dinafikan sepakan penalti walaupun hantaran lintangnya terkena tangan Iago Falque, percubaan Immobile terkena tiang, sebelum dilayangkan kad merah akibat menanduk Nicolas Burdisso apabila pengadil, Piero Giacomelli, membuat rujukan video.
Alex Berenguer kemudiannya menemui penjuru bawah gawang untuk meletakkan pelawat di hadapan tidak lama selepas waktu rehat.
Selepas itu, Tomas Rincon menggandakan gol selepas membuat larian solo yang baik pada minit ke-64.
Skuad tuan rumah merapatkan kedudukan hasil jaringan Luis Alberto, tetapi Torino menambah derita mereka apabila Simone Edera melakukan rembatan dari jarak 20 meter untuk melakar kemenangan luar biasa buat skuad Sinisa Mihajlovic - kemenangan liga pertama di Lazio sejak November 1993.
Topic Berkaitan
#Ciro Immobile
#inter milan
#kad merah
#Lazio
#Serie A
#Simone Inzaghi
#Stadio Olimpico
#Torino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan